Jumaat, 29 Julai 2011

SHoppINg BaJU RayA TerAkhir

Dikesempatan masa yang ada masa berkursus tu sempatlah aku shopping baju untuk anak-anak, mana lagi tempat yang paling dekat...SOGOlah yang sale sepanjang tahun, duit kita aje yang x sale. Heran aku sepanjang masa sogo nie sentiasa penuh dengan orang, agak-agaknya diorang nie duit x pernah abis kot. Kita mak ayah nie x yah ler beria-ia sangat yang penting anak-anak didahulukan, bagilah diorang peluang sebab kita nie dah lama dah menyambut raya nie. Jumaat ni sale untuk member card lak...ishhhhh

Malam tadi kuar pergi beli barang dapur untuk preparation puasa next week, sempatlah sambar songkok untuk adam, so dah lengkap dah tok budak nie hanya tinggal selipar aje lagi, beli kt pasar malam dah le.....ok gak 

Aku masa ingat lagi malam tujuh likur, masa nielah mak aku lepaskan aku-lepas buka posa berarak ramai-ramai ngan tanglung, ader yang letak lilin dalam tempurung kelapalah, kelakar, main bunga api ramai-ramai.....nostalgialah pulah eh

Kata otang tua-tua time nielah roh tok nenek kita balik nengok anak cucunya duduk atas perabung umah, umah kampung kan... tulah anak kita sekarang dudok aje dalam rumah ngan geriji besi mengadap komputer. Itulah bezanya zaman dahulu ngan zaman sekarang, bezanya kampung ngan bandar.
 Cukuplah 2 pasang baju untuk diorang nie,account utuk baju raya dah tutup- (cam ner tu baju kurung kt tailor lum ambil lagi) so account untuk biskut raya lah.......



4 comments:

terpatrisinarabadi berkata...

sempat lagi tuh menyoping....
ikin serik dah gi sogo, anak yang first tu penah kene ragut gelang masa tu dia kecik lagi..org punyerla ramai..skrg nak gi jln takde pakai2 gelangnyer..bahaya

2a2i berkata...

tulah pelik sungguh manalah dtgnyer org ramai sentiasa...

aqishah berkata...

ermm sogo tu sentiasa sale.. lama tak terjah.. huwaaa taun ni mcm x best lak nak beraya

2a2i berkata...

loooo agis naper?

Catat Ulasan