Selasa, 8 Mac 2011

LaNdSkaP

Ini aje pokok yang sempat dan yang boleh ditanam dengan keluasan tanah yang berbaki itu, kali ini aku tanam pokok palm dan aku beli yang sudah besar biar senang sikit, kalau boleh aku nak tanam pokok kelapa,hik2x mana ader orang tanam pokok kelapa dalam kawasan pagar, ha2x kalau buat juga kerja gila gamaknya.....




Batu tempat laluan pejalan kaki, aku beli yang ala-ala rail keteapi, jangan tertipu nie konkrit punya tau, kalau yg real rail keteapi memang dari kayu betul, uiiiii reger dia, jadi kita belilah ala-ala ajekan, semuanya boleh didapati di Sg. Buluh. Ada 1 kedai yang murah tau, kat bahagian luar bukan Sg. Buloh dalam nun tapak kedai no 52, kedai lain semua reger dia paling koman sekeping RM18 inggit, ada yg sampai RM23 inggit, kedai nie kita bolah dapat dalam RM15 inggit, patutlah kedai dia ramai sangat org nak parking pon susah. 2 kali pusing baru dapat parkingnya.


Bahgian nak masuk ke pintu aku tabur batu putih keliling aje, dah malas dah nak tanam rumput nd x nak bagi kotor bila hujan turun dan merecik. Batu putih nie pon ader bermaca-macam kategeri, ader bermacam-macam gredlah,regernya pon berbeza, ada size besar nd size kecil, yg gred A punya kaler dia putih bersih sepaket RM 10 inggit je,(dlm 10kg kot) yg gred B sepaket Rm 6 inggit terpulang kepada diri sendiri nak beli yang mana, tapi aku beli semua yg putih bersih, bila 2nd round tu baru aku ambil yg gred B.


Tunggu rumput tumbuh dan menghijau baru sejuk sikit mata memandang nie. Buat masa nie kita kenalah rajin-rajin menyiramnya, tapi lately nie tiap2 petang hujan aje........


Jeng-jeng ikan koi dah masuk dah, Sabtu bebaru nie seawal 8 pagi kami dah merempit pergi ke Jalan Pudu...iyalah kt situ ikan-ikan hiasan nie murah, cam2 ader saper2 nak beli barangan elektrik ke, ikan hiasan ke, akuarium ke...silalah pergi kt sini, tapi kt sini kawasan dia sesak sikit, itu pasai le kami pergi seawal yang mungkin. Parking susah skit, tapi kalau org x kisah parking berbayar ader tapi sejam RM4 inggit......eiiiii kalau terdesak terpaksalah parking juga, tapi kami parking kt Plaza Pudu sejam Rm 2 inggit je.....ha2x selagi boleh jimat apa salahkan......kena jalan kakilah sikit...exercise

2 comments:

Kayra Munira berkata...

suka sgt tgk blog akak ni..canteeekkk!!!!
jenuh nk design blog nk cntik mcm ni..tp x dpt2...
huurrrmmmm...

Adamizzah berkata...

tq..tq..kalau kaira nak cuba kt sini errrr
http://erieq.blogspot.com/2010/03/56-free-blogger-template-link.html

Catat Ulasan