Jumaat, 30 Disember 2011

BajU SeKOlaH

Ha kan dah cakap sehari suntuk aku pulun jahitkan baju sekolah kakak....supaya bila dia balik nanti tengok baju sekolah kakak dah siap....nak perli skit.....aku sebenarnya kurang arif bab-bab jahit baju nie.....tapi disebabkan anak, aku paksakan diri nie juga berfikir...cuba dan cuba......tak semestinya sekali cuba terus menjadi, pokok pangkalnyer cuba tu x boleh putus asa.....usaha tangga kejayaan...cam aku mula2 buat tudung.....aku terus mencuba dan mencuba sehinggalah kali ke 8 barulah aku berjaya dan serasi dengan muka aku....dan begitulah aku baru berani ambil tempahan dari kawan-kawan.....tima kasih kawan-kawan semua.

Dapat siapkan 3 helai baju ngan 2 helai kain...itu aje stock kain yang ader. Itu pun balance kain 2 tahun lepas......Ah lega dah siap smua persiapan anak2, yang tinggal hanya tudung kakak aje....sebab kakak kata tahun nie dia nak pakai tudung ke sekolah......yesss masih ader sikit masa lagi.....

TeMpahaN CikGu

Lagi order dari Ustazah Suraya extra order dari yang dulu....yang ini aku sebenarnya nak siapkan minggu depan.....ikut perancanganlah ,tapi belum pon sampai setengah jam aku hantar order yang lepas, dah dapat call dari sekolah, tanya bila boleh siapkan yang balance nie.....ha2x ingatkan nak ler lambat2 nd rileks jap...so pulun gak ler siapkannyer, janji next week tapi pagi tadi aku dah hantarkanya...x per selagi ader daya akan aku cuba siapkan gak........
Lepas ni jap aku nak jahitkan baju sekolah anak lak........niat tu ader sentiasa...hubby dah bising dah sebab sekolah dah nak mula  minggu depan dah, baju sekolah kakak blum ader lagi...... 
....org lain punya leh buatkan anak punya x leh, kecik hati aku gak ngan pot-petnya ...iyalah aku tau ler keupayaan aku...nekad aku akan siapkan juga sepanjang 2 hari dia x der nie...tunggu dan lihat sahaja...


Rabu, 28 Disember 2011

JAlan- JalAn Ke PengKAlAn KuBor

Hari khamis lepas aku balik kampung jap jemput budak 2 beradik tu.....seminggu tinggalkan kami. Jumaat adik merancang gi jalan2 ke Pengkalan Kubor. Sabtu aku dan nak balik KL dah...Nak tau tempatnya di mana....nun dihujung peta Kelantan nun....penghujung dah nak sampai ke Siam dah......jauh rupanya, rasanya jarak masa dia lebih kurang cam nak balik ke KL...sian hubby semlm penat drive dari KL balik kg tak ilang lagi...nie drive lagi......
Kami bertolak dengan 2 buah kete......biasalah keta aku akan dipenuhkan  ngan budak2 kecik.........sebab depe2 tu sebaya ngan anak2 aku je....genglah katakan.....

 
Seawal pagi yang mungkin kami dah bertolak...biasalah sebab nak balik hari yang sama.....cuaca hari tu mendung aje...so seronok coz x panas dan x hujan.....

Singgah b/fast jappp......aduz pepagi hari dah makan nasi kerabu....kedai dia nie biasa2 aje tapi umatnya ramai sungguh.....x tau ler sedap ke idok sebab aku x makan.....pepagi cam ner nak makan nasi kerabu, tambahan lak tu bukannya faveret aku.......Makanan kt Trg ni boleh dikatakan mahal ler jika dibandingkan ngan KL. Kesihan orang kampung. Bayangkan otw balik kg aku singgah jap kt Dungun beli buah rambutan....my faveret buah.......x der ler tanya harganya.....mak aiiii rupanya 2 kila RM8.00, aku rasakan kt KL lagi murahlah......beli tapi pot-pet ler kt hubby.......


 Ha nilah dia Pengkalan Kubor....sampai sana aku tercengang2 ayakk...nak beli aper erkkkk...adik aku x per dia memang dah plan siang2 nak pergi beli Narita....iaitu sejenis toto besar sikit dan kainnya kain cotton....aku memula fikir  nak beli gak, tapi nak buat aper....kt umah pon dah ader....
so merayap2 lah...alih2 beli ajeler mainan adam dan kakak......Nak beli baju rasanya size diorang kecillah compare ngan org kita nie....nampak besar ruper2nyer x muatttt....so sendiri mau ingatler....apa size kita.....




Selasa, 27 Disember 2011

YEs SiAp

Yes akhirnya dapat siapkan jua sebelum sekolah bermula......lapang rasanya dada nie....takut gak, takut x lepas target sebelum sekolah bermula. Pepagi tadi dah hantar kepada tuan empunya otw ke Opis.......so sekarang hanya tinggal 3rd batch aje......aku cuba siapkan tapi x leh siapkan....next week gerenti siap.......

 Siap packing siang2 senang nanti untuk diagihkan kepada tuan punya....

Khamis, 22 Disember 2011

BerCuTi...

Sekarang ni aku otw baik kampung untuk jemput budak 2 beradik tu. Dah seminggu diorang tingalkan aku. Aku bukan main ingat diorng hari2 call, tapi diorang nie langsung x sebut pon nama aku, punyalah seronok main ngan cousin2 dia......bila aku call, diorng leh cakap apa....mama call nak apa, adus ayatnyer......tadi call pon diorg jwp cam tu, siap cakap mama kakak ader 1 hari lagi ari jumaat nie.....
Disepanjang perjalanan aku start dari KL sampai ler sekarang nie kt Temerloh hujan separa lebat......seronok gak sebab x der ler panas, tapi kalau ler cam segini sampai kg x lah seronok nanti x leh gi jalan2, dah ler balik sekali sekala.....tapi nak buat cam ner memang la ni musim hujan kat Pantai Timur.
Aku akan bercuti sehinggalah 9/01/2011....eeeeeiiii tahun nie aku bercuti sakan....merdeka jappppp

Rabu, 21 Disember 2011

TIps UntuK KekaLkan HuBungaN Baik DeNgan KAwaN

6 Tips Berkesan Bagaimana Untuk Mengekalkan Hubungan Baik Dengan Kawan


Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
  • tempat kita meluah perasaan
  • teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
  • boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
  • boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
  • boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
  • dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!
Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?
Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.


  • 1. Sebarkanlah salam
Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya ”

”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud)
  • 2. Kenali perangai kawan anda
        Bak kata pepatah Melayu ;
”Tak kenal, maka tak cinta”.
Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.
  • 3. Menjadi pembela kepada kawan anda
Kalau kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.
  • 4. Saling memaafkan
Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk minta maaf. Minta maaf dan kira kosong-kosong balik.
  • 5. Setia dalam persahabatan
Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.
  • 6. Saling mendoakan
Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda. Berdoalah pada Allah supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.
 

InsyaAllah, saya yakin, sekiranya anda amalkan 6 tips di atas tu, pastinya hubungan baik anda dengan kawan akan dapat dikekalkan.
saling berdoaKongsikan artikel ini dengan semua kawan-kawan anda supaya mereka juga memahami perkara ini. Dan seterusnya menjaga hubungan baik dengan anda sebagai kawan mereka.
Saya doakan semoga hubungan persahabatan anda berkekalan dan sentiasa mesra. Aamiinn.

Selasa, 20 Disember 2011

MajLis KhataM Al-qURAN & gRADuASi aDaM....

Akhirnya kakak khatam al-quran juga tahun nie....nie kakak dah terlambat dibandingkan ngan kawan-kawan dia yang lain.....setahun lepas terkebelakang....x pelah janji boleh khatam juga.........

Kakak sesangatlah terujanya nak naik pentas kali nie....before2 nie hanya naik pentas untuk ambil bahagian sahaja......seawal pagi kakak bangun macam nak gi sekolah...padahal khatam tu start kol 9.00 pagi, termasuklah aku juga terpaksa.......kol 7.30 kakak bising2 kt abahnya naper x siap lagi........

Adam rileks saje w/pon dia tau dia akan terima sijil gak hari nie.....dah habis tadika rupanya....tahun depan dah melangkah ke Tahun satu....
Senang skit kot pepagi antor 1 hala saje budak2 tu ke sekolah.........boleh lewat skit antor beg sekolah ptg kt nursery....


Kakak tengah dipersiapkan oleh Cikgu Tina......Tahun nie tema khatam Al-quran jubah kaler purple........




Nie dia pengetua Sekolah Tunas Mukmin..........Kami panggil dia Umi Pah....seorang yg sangat lembut hati.......naik pentas berucap nangis.....








Tiba lah time adam terima sijil.....nama pertama dipanggil.......hansome anak mama melangkah naik pentas.......sayu tengok dah besar rupanya ........





Sekarang nie kedua-dua beradik nie ader kt Kampung, diambil oleh adikku yang datang selepas majlis tu......first time aku berpisah ngan budak2 tu.....anak2 rileks aje tinggalkan kami berdua........aku ngan abah dia lak yang nangis....aku lagi ler sayunyerrr...anak kg kampung suami kat Labuan.....tinggal aku terkontang kanting kt KL nie.........tak pe hari khamis nie kami balik ambil budak2 nie berdua nd terus bercuti sehingga tahun depan......

Jumaat, 16 Disember 2011

KOnGsi ILMu

Cara mudah bagaimana untuk mengenali orang yang berkualiti 

Sekadar berkongsi ilmu sesama kita.........di petik dari Pakar How....

Dalam memilih sahabat atau kawan, kita kena la pilih orang yang baik dan berkualiti. Sebab kawan kita tu nanti akan mempengaruhi perangai dan sikap kita. Kalau pilih kawan yang buruk perangai, sikit sebanyak perangai kita pun akan turut jadi buruk. Sebaliknya, kalau pilih kawan yang baik-baik, selalu pergi masjid contohnya, kita juga akan terikut-ikut jadi seperti kawan kita tu.
Tapi persoalannya ialah :
Macammana kita nak kenal seseorang itu baik? Macammana nak kenal seseorang itu berkualiti atau pun tidak?
Salah satu cara yang paling mudah untuk mengenali seseorang itu berkualiti atau pun tidak ialah, lihat kepada TUTUR BICARA atau PERKATAAN YANG DIUCAPKAN setiap hari.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).
Jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.
Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada 4 tahap, berdasarkan kualiti tutur bicaranya.
  • Pertama : Orang yang berkualiti tinggi
Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian.
Orang seperti ini bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.
  • Kedua, orang yang biasa-biasa saja
Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu.
Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.
  • Ketiga, orang rendah kualiti diri
Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah.
Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya.
Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.
  • Keempat, orang yang cetek fikirannya
Iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah.
Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.
Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t.
Akhirnya, sebagai renungan, hayati kata-kata hikmah Arab ini.
“Iza kaanal kalaamu minal fiddhah fas sukuutu minaz zahab”.
Yang bermaksud : “Jika kalam (kata-kata) itu daripada perak, maka diam itu daripada emas.”

Selasa, 13 Disember 2011

UsaHa TanGGa KeJaYaaN

Back To School......kerja-kerja yang tertangguh sekejap.........Time Frame dah out, sib baik Ustazah Suraya memahami........so masa di 
extendkan lagi.....still ader masa.......balik dari kursus 3 hari tu aku pulun sakan...sakit mata nengok x berjahit-jahit lagi....tapi apakan daya aku hanya ader 2 tangan sahaja....tu sib baik dah baik dari tercedera itu hari.........nie baru 1/2 yang dah siap tinggal setengah lagi..........tak pe 'usaha tangga kejayaan' aku pasti akan siapkan juga mengikut date line baru..........





Rabu, 7 Disember 2011

RileKS JAp

La nie aku tengah berkursus 3 hari di Melaka.....rileks jap dari kerja-kerja opis.. kursus MOtivasi diri....diri nie x der motivasi lagi kot....dah lama x motivasi nie bagi semangat baru skit.....selepas nie mesti jadi positif erkkk....sebenarnya aku sesangat berbelah bagi untuk pergi ataupon tidak. Adam demam kuat sejak dari hari ahad lagi.......

Senin demam lagi, sampaikan cikgu call ckp adam panas sangat, so besok x yah ler datang tadika......habis aku rasa nak ckp x leh gi kursus takut kena marah lak.......bukan apa hubby aku pon x der hari yang sama aku gi kursus dia gi LIMA Langkawi lak....opis dah tempah tiket awal2 lagi....nanti kena marah....x tau ler lak terjadi cam gini.........

semalam aku gi lagi klinik untuk kali ke 2 check adam....sampaikan doktor pon nak bagi aku cuti jaga si adam...syukur selepas makan ubat hari nie badan adam panas suam2 aje......lega skit hati nie nak tinggakan dia...

cikgu pon faham ngan situasi kami ......sib baik cikgu nak jaga dia ..........
Besok bila hubby dah balik dari Langkawi aku suruh dia bawak budak2 nie datang kt Melaka........bagi diorang happy skit........
Selepas balik kurus nie aku nak bercuti panjangggggg......hingga tahun depan rasanya.......

Selasa, 29 November 2011

UnDEr ConsTRucTIon

Dalam proses menyiapkan.....time frame 2 minggu..........










MeraJUk.....

Nilah anak zaman sekarang .....dulu masa aku kecik2 dulu aku x pandai pon nak merajuk ngan mak.....paling koman pon senyap aje kalau kena marah.....
Hari minggu lepas kakak merajuk sakan kat aku.....sekerat hari dia mengunci diri dalam biliknya......nie gara2 berebut komputer games ngan Adam lah.....cam biasa Adam x kan mengalah ngan kakaknya........kasihan kakak 

Adam gigit lengan kakak sampai berbekas.........kakak nangis ngadu kt aku...tapi aku dah x larat dah nak marah diorang....coz aku pon nak masuk syurga gak......bila aku x layan kakak mengadu  terus dia kuncikan bilik sambil nangis......sampai ke petang gitu.......Alih2 kuar bagi aku surat nie....trus masuk bilik lagi kuncikan diri.......

Aduz kakak sedih mama bila baca citer kakak nie.......Aku pun balas surat dia sambil masukkkan bawah pintu............mama x pilih kasih pon,mama sayang semua anak2 mama...mama hanya ada kakak ngan Adam saje.....jangan buat mama macam nie......
Tak pe aku akan simpan surat kakak nie......sampailah dia besar akan aku tunjukkan surat yang dia tulis nie.....



Selasa, 22 November 2011

TemPahan CikGu LagI

Lagi Tempahan dari cikgu........Tq