Selasa, 9 Oktober 2012

CAra NaK KuRUs TAnpA UBat-UbaTAn

Tips untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan.

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula mambakat muscle (otot)untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, w/pon tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh mesih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cari ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesen enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3.MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera anda secara semulajadi dan membantu bada memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasnya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk menbakat lemak.

7. MAKANLAH PERLAHAN- LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopah. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

8.KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini lebih mudah dihadam. 

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikitr deripada makan hanya sekali. dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahkan gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan majerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais.

12. Apabila makan di Restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur- sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin. mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahanya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

15. Ambil makanan yang berempah. sesetengah rempah seperti cili, biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PPILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DI DALAM MAKANAN
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMAPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catitan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus, khusus untuk sayuran, anda bolah menumisnya dengan sedikit minyak. Hindari minyak atau lemak haiwan.

20.Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cengkung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring. Kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang bolah anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja dan jangan sembarangan tempat apa lagi sambil menonton tv, sebab makin menarik program tx, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan.

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga tentu sahaja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perutr anda baru terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbenlanja untuk memasak. seelok-eloknya tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunyungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunyungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukan.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakkan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilori

25. Beberapa aktiviti fizikil yang mudah untuk langsing.
 i. Jalan cepat. Gunakan kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.  Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas, Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif
iii.  Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenan atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapai dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


0 comments:

Catat Ulasan