Jumaat, 29 Julai 2011

SHoppINg BaJU RayA TerAkhir

Dikesempatan masa yang ada masa berkursus tu sempatlah aku shopping baju untuk anak-anak, mana lagi tempat yang paling dekat...SOGOlah yang sale sepanjang tahun, duit kita aje yang x sale. Heran aku sepanjang masa sogo nie sentiasa penuh dengan orang, agak-agaknya diorang nie duit x pernah abis kot. Kita mak ayah nie x yah ler beria-ia sangat yang penting anak-anak didahulukan, bagilah diorang peluang sebab kita nie dah lama dah menyambut raya nie. Jumaat ni sale untuk member card lak...ishhhhh

Malam tadi kuar pergi beli barang dapur untuk preparation puasa next week, sempatlah sambar songkok untuk adam, so dah lengkap dah tok budak nie hanya tinggal selipar aje lagi, beli kt pasar malam dah le.....ok gak 

Aku masa ingat lagi malam tujuh likur, masa nielah mak aku lepaskan aku-lepas buka posa berarak ramai-ramai ngan tanglung, ader yang letak lilin dalam tempurung kelapalah, kelakar, main bunga api ramai-ramai.....nostalgialah pulah eh

Kata otang tua-tua time nielah roh tok nenek kita balik nengok anak cucunya duduk atas perabung umah, umah kampung kan... tulah anak kita sekarang dudok aje dalam rumah ngan geriji besi mengadap komputer. Itulah bezanya zaman dahulu ngan zaman sekarang, bezanya kampung ngan bandar.
 Cukuplah 2 pasang baju untuk diorang nie,account utuk baju raya dah tutup- (cam ner tu baju kurung kt tailor lum ambil lagi) so account untuk biskut raya lah.......



KursuS TerAKhir

Nie merupakan kursus 2 hari terakhir aku di sini, selepas ni dah x der dah kursus-kursus cam gini, iyalah rasanya kalau aku mohon pon orang dah x layan dah, dah x sama bidang dan buat menyemak aje , bagi peluang pada orang lainlah pulak, sebab ramai lagi yang akan mengisi kekesongan yang aku tinggalkan ini,tapi rasanya tahun nie aku dah cukup dah kursus 7 hari tu.

Selasa, 26 Julai 2011

mINGGu TErAKhir

Salam semua,
Minggu nie merupakan minggu terakhir aku berkhidmat di Cawangan ini, 1/8 aku start report duty kerja kt tempat baru....baru2 pon tempat lama aku jugak sebelum aku berpindah kt sini hanya unit aje yang berubah, harap2 gitulah.
Genap setahun 4 hari aku dok kt sini, aku rasanya inilah tempat yang paling singkat aku berkidmat. Ntah ler rasanya lepas nie itulah tempat terakhir kot sampai pencenlah dok kat situ.
Sebenarnya kawan-kawan kat sini semuanya best-best hatta Pengarahnya sekali, almaklumlah kami Cawangan yang kecil saje....mungkin aku kot yang bermasalah..ha2x ramai yang terkejut sakan......semua bertanya akukah yang minta tukar, kenapa? dan mengapa?.....yang itu biarlah aku sendiri yang simpan jawapannya. Alhamdullillah Jujur katakan bos aku kt sini memang best, penuh dengan information boleh dikatakan macam data- baselah mintak apa saja info pasal kerja semuanya ader.........just click dalam komputer aje........
Mungkin selepas nie aku miss ngan member2 kt sini, miss majlis Tafakur every friday yang selalu menyedarkan kita yang selalu lalai nie, mana ada wooo cawangan lain buat majlis cam tu every friday.......bak kata orang ilmu dunia ngan akhirat seimbang. Free-free aje dapat ilmu dan pahala kan.

 So aku rasakan inilah sumbangan jahitan aku yang terakhir untuk kawan-kawan di Cawangan nie. Harap2 lepas ni u all kita masih boleh lagi berchit chat err atau berbalas-balas e- mail. Kan zaman sekarang nie zaman teknologi di mana-mana pon boleh berhubung kan. Bekas h/phone nie khas untuk si PA Pengarah dan adik kecik kita si Yana......selamat bergaya







-sila abaikan model yang x berbayar nie- 
Clutch beg nie khas untuk ibu kawan baik ku si Na untuk bonda tercinta nun jauh di kampung. Jumaat nie balik kampung erkkk....sambut puasa sama mak ayah tercinta, bestnyer. All materialnya menggunakan kain denim termasuklah liningnya juga.....2 poket plus -interior/exterior ngan 1 poket untuk letak h/phone.
Tq Na x jemu2 mengorder dari k.zah nie.....

Isnin, 25 Julai 2011

MayBank Treat PoInt

Sebenarnya aku x ambil pusing pasal2 treat point Maybank credit card nie.......tulah kengkawan kt opis nie dok bz cakap ader gerai treat point kt Mid valley nie, mamanglah tiap2 tahun aku dok lalu tepi h/way tu nengok kain pemidang yang besar tu terpampang, x pernak pon ambil hal, Paling koman pon aku buat penebusan kt tenet je,bagus juga ada kawan-kawan yang prihatin ni.
Memang best lah pergi kt sini ader lebih kurang 200 booth kot ke lebih....cam2 barang yg kita leh tebus, hanya tengok banyak mana yang kita ader point tu....husband aku memang aim bagpack nie nak gantikan bagpack komp. dia yang dah lusuh tu. Semalam dah habis dah promosi dia. Kami rewang2 sampailah kol 10 malam..... x pe balik lambat esok kan cuti.


 Dalam kami dok lilau-lilau mata tu cam biasalah pompuan, aku ternampaklah booth tupperware nie, tambahan lak Adam terus pegang aje botol air E-CO nie, trus kata yang kaler oren nie dia punya. Dapatlah jugak aku satu set botol air nie, satu sorang x yah gaduh2.....kakak umah kuning. Begpack satu lagi tu Adam yang punya mana boleh budak tu kalah ngan abahnyer. Kumpul point lagi tahun depan tengok apa lak yang dapat. Kumpul point sambil dapat hadiah oraitlah kan....
 
  

UndeR ConsTRuctIon-

Minggu depan dah start puasa dah.........kejap aje pejam celik, pejam celik InsyaAllah bertemu lagi Ramadhan tahun nie. Kakak ngan Adam bz tanya bila nak puasa....konon-konon x sabo lah tu, kita tengok erkkkk...boleh puasa ke tidak.So la nie aku pelan2 jahitkan baju smocking anak kawan nie.....kakak ngan adiknyer setahun ngan 4 tahun.......moga2 sempatlah siap sebelum raya nie....
 
 Warna yang direquest kaler light purple. Pakai kain Japanesse Cotton.....smocking kt atas untuk adik umur setahun. Smocking dah siap dah hanya tinggal nak jadikan baju saja lagi. lagi benangnya.insyaAllah sempatlah tu.....

Yang nie kakaknya punya, blum siap sepenuhnya lagi , bunga2 blum ditanam dan belum mekar lagi.Aku gabungkan warna benang purple gelap ngan kaler ijau pucuk pisang, Bunga gunakan bullion loop ( 30 pusingan ) kaler merah bagi naik seri skit di pagi raya nanti.Smocking nie blum dibuka lagi benangnyer...nampak x benang yang aku simpul di bahagian tepi tu...so kalau dah siap smua benang2 semua tu akan ditarik keluar.....so dapatlah ukuran dadanya yang sebenar

Isnin, 18 Julai 2011

CheF BaRu

Sekarang ni bila time cuti aku dah ader tukang masak baru.....aiiii bolehlah rehat dan senanglah sikit. Ha nilah dia tukang masak baru yang serba -serbi pro. Hobi anak lelaki sorang nie suka nolong masak, heran aku anak pompuan x der pulak excited, ni terbalik pulak.
Nak tau apa yang budak lelaki nie cakap. 
"Mama anak lelaki kena tolong masak, anak pompuan kena kemas" lo gitu pulak erkkk....
Rimas nengokyer bila pasang dapur aje terus dia tarik kerusi berebut ngan dia....malas dah nak bising2 mulut mak dah penat dah....nak simpan pahala lak ,so aku bagi dia aje yang buat aku dok perati dari belakang aje...monitor nak sangat...buatlah......tapi ok lah. memang Adam ader bakatlah dalam memasak nie....nak ganti chef Wan erkkk...ok jugak boleh round the world kah2x



 So menu yg aku bagi dia buat Roti telor, telor tu aku yang siapkan lah, adam hanya tukang celup, goreng dan siapkan....memang ader bakat budak nie.....sikit pon x takut ngan api- tu naik juling biji mata tu dok balance roti tu agar x jatuh.....
 
 Aduzzz nie siap angkat2 kuali nak bagi telor kt roti tu cepat masak, aku no komen dan aku x tau dia belajar dari mana. Kakak kt belakang tu dah takut dah...tulah anak pompuan....nyorok kt belakang...


 Tengahari lak kami nak masak nasi ayam.....dia sekali lagi menyibuk. Tadi pagi ambil kerusi rendah sikit , ni ambil kerusi lagi tinggi coz x nampak nak masak sup......tu siap pakai Apron......Kakak pon cam nak ambik bahagian gak, cakap mama biar kakak tolong basuhkan daun sup nie.....kakak nie jenis penakut sikit ngan api2 nie....x per kakak pelan2.....x pandai masak pon x pe janji kakak sekolah pandai......lepas tu pandailah masak...kita kan orang pompuan...kena pandai masak jugak w/pon hanya masak maggi kannnnn...x gitu...



 Dah siap basuh semua, x tau nak buat apa lagi.....main getah lah pulak...
 
 Jeng2 dah siap menu kami hari minggu nie....nasi ayam adam + kakak nyummmm makan sampai malam ..........
lepas nie aku boleh manjahit lak tanpa diganggu gugat oleh sesiapa pon, nak makan dah tersiap sedia di atas meja........hanya mabil pinggan trus ngap saje.... 



 Ha2x kan nilah hasil roti telor anak bujang........ok jugak bolehlah makan sedapppppp.............x hangit elok sedang2 aje......


Dah kenyang bolehlah menjahit baju  Kurung Raya si Maisarah nie.....so Achik baju anak dah siap....sila-silakan lah.......

Jumaat, 15 Julai 2011

SAbDa RasuluLLah

Sabda Rasulullah S.A.W " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalai salah pukullah dia (sebagai pengajaran) " Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya, bukan muka, punggung, telinga dan tempat-tempat sensitif...itu salah

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga21 jadikan kawan. Tetapi selalunya usia begini ibu bapa mula merenggangkan hubungan ini menyebabkan anak derhaka"

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

Tips Utama
  1. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.
  2. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetegah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidah dihargai. Sayydina Umar berkata " Kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima". Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil,Bagainda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
  3. Pastikan hubungan dengan ibubapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan ynag baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita. Jika Tuahan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.
  4. Sayangilah kedua-dua ibubapa kita. Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjerut perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak." Hubungan denfan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertempuran, nabi suruh utamakan ibu dahulu. 3x ibu barulah sekali kepada bapa. "Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biara sama agar kedua-duanya tidak berkeci hati.
  • Mentua mesti dimuliakan seperti kita meng hormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkanya juga?. Jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua Rasul, ketiga eman dan emak mertua, keempat bapa dan bapa mertua dan kelima baru isteri. Isteri kena paham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, Kedua Rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak keatas menantu                                                                                                                                          Tips lain-lain                                                                                                                                                                                            1.  Mulakan hidup anak anda dengan panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri (Dalam Islam sendiri nama panggilam yang baik digalakkan)
  • Berikan anak anak pelukan setiap hari (kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (berikan pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukan)
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.   
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar , masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akam membuatkan anak-anak merasakan diri mereka terbeban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukanya. Tunjukkkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harilahirnya. Sediakan hadiah harijadi yang unik w/pon harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.(Anak2 yang dtg dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain)
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar lebih daripada sekali.
  • Luangkan masa bersama anak diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adlah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa sama akan menghargai barang2 kesayangan anda. Elakkan drp membuang barang kesayangan mereka w/pon sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman dan selamat malam. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanpun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  • Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.             

Isnin, 11 Julai 2011

TuDunG dAn PhoNe CasE

Ari sabtu ader kenduri kawen anak opis kawan husband kt Ampang, kalau x pergi terasa bersalah jugak. Kebiasanya pepagi hari j/raya depan umah bising ngan kenderaan bas rapid KL, tapi ari tuuu sunyi aje.....
Kami bertolak ke Ampang iku jln belakang, aku x taulah belakang mana, sampai sesatlah, tapi sampailah juga.....

Bila tiba time balik kami ikut kenderaan orang aje, redah situ redah sini masuk kawasan perumahan....takut jugak dari ikut 5 kenderaan hanya tinggal satu, iyalah kot2 manalah tau kalau2 dia pon masuk kawasan pagar umah dia....Naya kami,sib baik tembus ke Ampang Point, terkeluar dari kawasan polis.......pas tu laju aje menuju ke PJ.

So aktiviti aku ari Sunday jahitkan tempahan tudung kawan kt opis nie. Tudung ala2 Syria........kenapa dipanggil ala2 Syria sebab dia cam Syria Awning x der pengeras nd dicamtumkan sekali, senang x yah ader 2 bahagian.......jimat masa...... 




Dan tempat letak t/phone aku.........yang x sempat dibuat minggu lepas......

ApA YanG Di BuAt JUmaaT

Jumaat ambil cuti ....cuti yang disengajakan, rasanya cam banyak lagi cuti nie. Isi borang kendian.....tapi kami buat senyap2 aje x mau cakap ngan Adam takut kakak pon x mau gi sekolah........husband was-was jugak takut diorang tanya kenapa x pakai baju kerja.....
sib baik diorg x tanya kalau tanya aku dah sediakan jawapan awal-awal lagi. Tapi kami x berniat pon nak antor si Adam, tapi beg bajunya buat2 masuk kereta juga.

Selepas hantar kakak kat sekolah, sempatlah b/fast kt Jln. Duta pekena capati....ari kerja biasa susah nak pergi coz parking kt opis nie susah.
Haiya Adam sungguh gembira bila dapat tau dia x yah antor ke sekolah.......nd dia pon naik heran naper ler mama ngan abahnya gi b/fast lain benor tempatnya....
So bila dah kt umah, dah x tau nak buat aper......biasanya kami kalau ambil cuti mesti plan nak kemana-mana.
ha tu dia nampak x rumput yang dah tinggi tu....apa lagi itulah kerjanya.......kan dah ader kerja sebelum t/hari pergi sekolah lak....bagi cuti kakak dari belajar sebelah petang.....

  Kan keluar peluh tu.......
 Adam pon ambil bahagian......penuhkan kolam ikan kalau x kena gi sekolah

Ni pulak tugasan aku....dah lama dah x lepak kt sini.....sebab ari2 balik dah gelap...berabuk




Rabu, 6 Julai 2011

KaIN LaGi....

Petang baru nak up-date, sepetang tadi ader perbincangan nd sambung lak pagi esok......ha nilah kerja aku bila time2 nak raya nie...gi ambik stock kain, pas tu bungkus nd pos.......adik aku punya kerjalah.

Call pagi  kelmarin, semalam t/hari dah tanya dah pos ke blumm...ellooo ingatkan aku kerja itu aje ke......aku nie nolong aje,aku kena pie ambil dulu, itu pon mintak ehsan husband tlg antorkan.....nd mintak ehsan jugak tlg poskan.........hik2x terpaksalah belanja makan erkkkk.....ikan terubuk Bakar Jln Kuching meh......adehhhhh..... 


Pas tu kenalah lak bungkusnyer....itu pon kol 10.30 mlm tadi baru leh bungkus, tunggu si bujang nie leka buat kerja2 dia, kalau tidak x payah ler, nak cepat lagi lambat ler citernya......nak nolong tapi melambatkan aje ader ler...anyway tq gak ader ler inisiatif nak tolong mamanya.Pelik anak lelaki anak pompuan siang2 dah masuk tido katanya nak bangun awal pagi esok, iyaler tu x kemananyer kalau mamanya x kejutkan x dibangunnyer, saje je nak sedapkan hati mamanya aje......
 
 
Sebelum tido kakak siap pesan mama besok kakak nak bawak bekal nugget, nd b/fast air horlicks agar otak kakak cergas.- sememangnya aku tiap2 hari bekalkan diorang nie- kol 5 pagi dah bangun tau, tapi satu perangai kakak nie bekal2lah duit poket nak jugak dan tetap habis juga duit tuuu......dah pandai belanja lah kotnyer. siap pesan lagi tu Mama kena sedia b/fast agar kakak..pot..pottt....uh malas nak layan iya2..iya.......
 

Isnin, 4 Julai 2011

LAriAn 1 MalAYsia

 Rupanya hari nie sekolah cuti peristiwa sempena larian 1 Malaysia hari Sabtu lepas.....aiiiii bertuah betul budak tu langsung x bagitau kami........ malam tadi lepas isya....cam biasa rutin harian aku.....membebel suruh kakak siapkan jadul untuk hari isnin......kakak cakap mana sekolah,

aik aku siap marah dia sape kata x sekolah, ni bukanyer cuti sekolah....iya kakak mempertahankan.....mana ada surat , tunjukkan surat- dok lawan cakap.......suruh abhnya call kengkawan dia....ntah cam ner dari mana dia dapat surat tu tunjukkan kt aku ha memang sah cuti peristiwa.........aduh bertuahnya budak...........pah tu siap cakap kan kakak dah cakap
...iyalah biasanya aku ngan hubby was-was sikit cakap kakak nie......biasalah .Aku dapat tau poun larian 1 Malaysia nie pon dari kakak aku yang aku x sengaja call nun kt kg ...so bolehlah kuar umah lewat sikit, nd siap budak2 tu b/fast lagi........

Cuti 2 hari minggu nie aku rasakan banyak sesangat tugasan umah yang kena buat.......bayangkanlah kol 10 malam barulah siap2 semua kerja2 umah tu.Itulah sebabnya aku rasakan ibu2 yabg berkerja umah nie lagi berat bebanan kerjanya berbanding ngan kita yang kerja kt opis nie.....so tabik spring kepada ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa nie........ataupon kita yang masih anak kecik lagi nie maybe kot banyak benda kena buat.....kalau anak2 dah besar mungkin dah x kacau kita lagilah kot...masing2 buat hal sendiri.

Actually kebiasanya sabtu adalah hari aku buat kerja2 akulah....menjahit...sunday lak time rehat,tapi minggu nie aduh baru aje nak pegang mesin budak2 tu minta itu, minta ini......time aku dok kt bawah x der ler mintak makan, bila nak start menjahit aje....mulalah.. tu ler kengkadang aku errrrrrrrrr........

disebabkan sabtu tu masa aku dah terganggu, pepagi hari minggu tu aku dah masak siap2, nak air kaler 2- 3 jenis aku buatkan- ada air teh, anggur , oren...kalau ader jug lagi aku buat lagi air rebena,laici nd sarsi. nah ambil kou bersusun kt atas meja tu......Siap ckp uh mama dah siapkan semua, so lepas nie jangan kacou mama nak buat kerja nie.......aik nampak gayanya budak 2 bradik nie faham, langsung x kacau aku.......langsung se langsungnya.......

Bila petang aku turun kt bawah memang sah, licin semua air kaler2 tu, nasi pon diorg ambik sendiri, coz semuanya aku dah hidangkan kt meja tu.....tapi umah apa jadi.....bilik kakak jadi cam tongkang pecah main apa ntah abis buku atas rak dikeluarkan, ngan meja belajar 2-2 ditonggengkan selimutkan ngan blanket........tower gantung sana sini, mainan sebakul disepah-sepahkan, sampaikan family hall nak pijak pon kena..........

Tapi x per at least aku dapatkan siapkan beg kawan aku nie......
 Sling beg versi besar sikit................TQ izan erkkk...dah bersalin ke belum ni.


 Minta dibuatkan sebagaimana contoh yang diberikan kerana beg asalnya dah terlalu lusuh, tetapi sedikit tertekan kerana kebiasanya aku menjahit mengikut kreativiti sendiri...bebas berkarya kononya.....


Tapi x der ler 100% sama, bolehlah dikatakan hampirlah. Bahagian tepi ader pocket untuk letak h/phone....





Petang husband suruh buatkan cover utk h/phone dia.......h/phone barulah katakan....boleh je sebab aku pon dapat satu yang baru- yg kaler pink tu aku punya.......aku punya belum sempat buat lagi.......continue next weeklak.......

Jumaat, 1 Julai 2011

KAsUt JoggINg

Uiii rasanya dah lama x beli kasut untuk budak2 berdua nie......last sekali beli
untuk Adam raya tahun lepas kot.....itu pon sekali sekala aje pakai.......aleh2 bila nak guna dah x muat dah....sayang rasanya...sebab kasut budak2 nie bukannya murah.....kasut kita oarng dewasa lagi murah...setuju.....Kakak kalau bawak gi shooping selipar aje yang dia mau.....biasalah dak pompuan x lari dari selipar princess dia.....

Tulah tergerak hati nak beli kasut bebudak nie....sebab last week x der aktiviti...pergilah jogging kt Tasik Titiwangsa tuuu....tu dia jauh tu...x perr niat nak beridah kan.......ader free aerobic lagi gitu....bawak sekali basikal...tapi hanya untuk Adam saje coz basikal kakak dah jadi basikal Adam...Adam punya buat tukun....dah jadi size kecik dah basikal tu.......alahai dah besar rupernya kakak ngan Adam nie.....

So yang leh lari2 anak tu aku, hubby nd Adam leh kayuh basikal...kakak x leh lari sebab kakak pakai selipar princess dia....cam ner tu....sian dia.....jalan laju merengek kata sakit kaki....aku pahamlah tuuu.......so hubby aku terpaksalah temankan dia jalan-jalan je,

aku ngan Adam laju aje ke depan......Maka semalamnye belilah kasut sorang satu nie........aikkk lepas nie pergi jogging lagi ke? tu ler persoalan yang bermain di kepala....coz kalau gi jalan2 bebudak nie lebih suka pakai selipar aje.....