Khamis, 23 Disember 2010

GA HAPPY 1st ANNIVERSARY CIK FIRUS BLOG :.

.: GA HAPPY 1st ANNIVERSARY CIK FIRUS BLOG :.







Saper nak GA ni pergilah kt blog cik firus nie.....kek cokelattt.....Kesukaan Adamm...Nyummm..Nyummmm

TeMpahaN TudUNg AkAk YAng SetIA

Petang semalam dapat call dari akak yg setia nia, minta dijahitkan tudung Scallop a.k.a twist. Ha nie dia kaler2nyer sib baik kaler yang dimintanya semua ader dalam stok aku.....kalau x terpaksalah gi kedai, (Maaf akak tudung corak x der dalam simpanan yg nie aku terpaksa gi kedai nd kena snap gambar ).......Kakak nie bagus selalu bagi hadiah tudung kt orang.....antara banyak2 - byk ke tudung yg ditempah? tudung yg ditempah dengan aku yang ada kt tangannya hanya 2 lai saja ( yg dibagitau le )...semuanya disapu oleh anak buahnya.....x per akak murah rezeki AMIM.
Balik aje lepas nonton hikkkk sinetron indon yg x abih2 tuuu... (hubby aku kata raya tahun depan baru habis citer nie.....meleret2 ntah ape2 tapi aku tetap setia menunggunya, nak wat cam no dah terjebak ) aku terus selongar kotak kain aku.....yahooo smua ader beres.....terus boleh zasssss aje......


Sebelum Solat Maghrib aku sempat potongkan kesemuanya.......senang aje sebab aku..... aku suka jahit tudung...tu le jadinya senang....ishhhhh bunyi cam riak lakkk
oppp Maaf....... x ler terniat cam gitu......

Daripada situ jadi segini.....tapi belum siap sepenuhnya.......masih under construction lagi errrkkk...hikkkk bahsa teknikal gitu......tinggal final touch-up lagi....mungkin sok bolehlah bagi kt akak tu.....pah tu leh cuti llik kampung ngan gumbiranya.....nd ngan semangat baru Tahun Baru.....

Rabu, 22 Disember 2010

Jom SErtai G.Way

Giveaway 2010 dari TiniHani.com2




Jom kengkawan meh kita sertai ramai2 GAWay nie.....
Kalau menang nak bagi surprise pada kakak ngan adam for new year 2011
Nak tulis nama Izzah ngan Adam .....1 pompuan 1 lelaki. Gambar kesukaan kakak power puff girl ngan batman......bestnyerrr....

Selasa, 21 Disember 2010

Marathon lagi.....

Kuiiii aku ni x abih2 marathon....iyalah seminggu lagi nak buka sekolah....baju skolah selai pon belum jahit lagi.....tahun lepas punya baju dah jadi belacan dah...uhhh x tau ler kakak nie pakai baju.......comot sana comot sini, sampaikan clorox pon dah x larat nak cloroxkan....abih ngan nama pon jadi putih smuanya.....lencana putih kotor tetap ader....ishhhhh kalau leh cam gini every year kena buat baju baru ler gamaknya.....aku bukanya per marathon tu sebab start krismis sampai tahun baru aku cuti. tu ler pasai kena marathon tuuu.......

 Bersiap sedia untuk potong baju sekolah....berterabur...

Tudung skolah anak kawan aku untuk dipakai sekolah agama..........kena siapkan juga sebelum krismas nie....syukur dapat siapkan jugak........Achik nanti leh datang ambik kt umah erkkk...bukan petang nie janji nak datang ambik....tq Achik

Sorry errrkkk kakak posing dulu ngan tudung si Maisarah nie.......

MuZiuM TeNteRA UdaRa

Abis majlis husband bagitau nak bawak suatu tempat ...dekat2 sini aje katanyer.......si Adam mesti suka...rupa-rupanya ada muzium tentera udara....aku x tau pon selama nie ader...husband pon baru tau coz dia buat projek ngan DCA nie.....tu ha dari higway Sungai Besi leh nampak kapal terbang nd jet pejuang nie.....masuk free aje.....hanya bawak diri nd camera aje........jom layan



Berangan naik heli...dipandu oleh kapten Adam Harith........eh betul ke ader pangkat cam gitu......suka2lah....kalau teknikal aku tau ler kalau salah sorry ler erkkkk....

 x abis2 Adam berangan.....x mau ler minat cam gitu kan Adam kata adam nak jadi Saintis........


Nie Jet yang pernah PM kita guna. Tn Dr. Mahathir.............semacam aje design dia.....

Graduation Day......

 Hari sabtu Graduation Day sekolah Adam nd kelas fardu Ain kakak......so malam tu jugak aku ngan gigih nd ngan semangat waja......dok perabihkan jahitan baju kurung biru kakak tu.....aduzzzz x pernah marathon buat kerja cam gini....tu belum lagi repair baju anggur si adam lagi...penatnyer makk....Setiap saat budak2 tu tanya dah siap ke belum baju mereka. Bila dah siap baju minta pulak tudung nak kaler biru juga.....naper le siang2 x ckp....


Ha siap jugak baju kurung biru kakak......bolehlah dipakai....tapi jangan tengok dekat2.....banyak cacat celanye.....tapi kakak ok je....

                                     Adam bergaya dengan baju kaler anggurnya.....

            Ha bersiap sedia untuk berangkat...eeeiiii semaknya umah x sempat
        nak berkemas......
Sebelum pergi kena isi perut dulu......kat mana erkkk nak b/fast. Ha nak tau la nie stesyen minyak dah canggih.....semua ader (bak kata Astro).B/fast kt situ lah....ader whipped potata lagi gitu



 Adam bersiap sedia untul masuk nyanyi.......geng2 tumpang sekaki berposing

                           Dengan semangatnya menyanyi lagu " Do you Know Allah"


Sekarang tiba giliran kakak pulak........sorry terlupa apa tajuk lagu dia....
nanti layan video.........


                           Ni dia " best Friend' Kakak.....si Umairah

Abis majlis kami sempat berposing di depan gambar2 kenangan Tun Abdul Razak. Majlis diadakan di Memorial Tun Abdul Razak

Kereta rasmi Perdana Menteri kita dulu2

BeLAnJa MaKaN

 Memandangkan gaji akan kuar ari senin, hajat dua bradik tu nak makan pizza, alah pizza aje ( itu aje anak-anak yang minta ) aku tunaikan. Dah seminggu 2 bradik tu minta dibelanjakan....oklah ari jumaat lepas balik kerja terus kami bawa diorg pergi makan....


 

 Aku bagi kebebasan pada diorg pesan nak makan apa...pesan aje

Pinggan kaca telah bertukar menjadi pinggan plastik...Adam tengah mengira  gambar yang ader kt pinggan. Siap berteka teki lagi ngan kakak

 Kakak yang baik janji x nak gaduh ngan Adam kt tempat makan..kalau gaduh no more pizza lagi after thisss


 Masa untuk Nyummmmmm..Nyummmmmmm

 Action movie dari Adam seronok dapat makan......

 Ha2x nie dia bahagian aku..........Kamera unpama hand bag aku kemana2 akan ku bawa......kot le mana le tau tetiba dapat idea....


Jumaat, 17 Disember 2010

KIsaH DaN TeLAdAn

SIFAT DENGKI HANYA AKAN MEMAKAN DIRI

Aku suka membaca artikel2 dari blog pakar how tu ni, banyak kisah dan teladan yang boleh kita renung-renungkan.......ni ada satu teladan yang boleh kita kongsi bersama-sama.....

 Pada zaman dahulu dikisahkan ada seorang lelaki yang setiap hari berkunjung menghadap raja. Lelaki tersebut bolehlah dianggap sebagai penasihat raja pada masa itu kerana beliau sering berpesan kepada tuanku raja dengan mengatakan, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan yang baik, dan orang yang berbuat buruk, maka cukuplah keburukan itu sebagai balasannya."
Melihat keakraban dan hubungan lelaki itu dengan tuanku raja, ada seseorang lelaki lain telah menyimpan perasaan hasad dengki kepada lelaki si penasihat raja itu. Pendengki itu berkata, "Lelaki itu begitu rapat sekali dengan raja. Dia menjadi penasihat raja yang disegani. Setiap hari dia dapat bertemu raja. Sedangkan aku tidak ada apa-apa. Ini tak boleh jadi. Aku mesti fikirkan sesuatu." Dia meluahkan perasaan tak puas hatinya.

Si pendengki telah mendapat idea. Dia kemudiannya telah pergi menghadap tuanku raja dan berkata, "Ampun tuanku. Izinkan patik melapurkan sesuatu. Sebenarnya lelaki yang pada setiap hari menemui tuanku itu adalah seorang penderhaka. Setelah dia menemui tuanku dan berjalan keluar dari istana, dia seringkali menceritakan hal yang buruk mengenai tuanku. Dia berkata bahawa bau mulut tuanku busuk."
Wajah sang raja menjadi merah. Tuanku raja menjadi begitu murka.
Setelah mengadu kepada sang raja, si pendengki pun keluar dari istana dan duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh lelaki penasihat raja itu.
Apabila dia nampak lelaki penasihat raja itu berjalan melaluinya, si pendengki itu lalu menghalang perjalanannya. Lalu dia berkata kepada lelaki penasihat raja. "Wahai sahabat, kalau kamu tidak keberatan, marilah ikutku dan singgah ke rumahku. Aku ada membuat sedikit makanan."

Si lelaki penasihat raja menerima pelawaan pendengki itu. Lalu dia telah pergi ke rumahnya. Apabila tiba di rumah, si pendengki telah menghidangkan beberapa masakan berserta bawang merah dan putih sebagai ulamnya.
Lelaki penasihat raja makan hidangan tersebut. Termasuk bawang merah dan putih. Setelah makan, dia meminta diri untuk meneruskan perjalanan menemui tuanku raja seperti kebiasaannya.
Sampai di istana, sewaktu berjabat tangan dengan tuanku raja, lelaki penasihat itu telah menutup mulutnya kerana dia bimbang tuanku raja akan tercium bau mulutnya yang busuk (kerana makan bawang putih & merah).
"Ohhh, rupanya memang benar aduan orang itu, lelaki ini benar-benar menganggap mulutku berbau busuk," fikir tuanku raja di dalam hati.

Sang raja berasa sangat sakit hati dan murka. Baginda telah memikirkan rancangan untuk menjatuhkan hukuman atas perbuatan lelaki penasihat tadi.
Lelaki penasihat yang tidak mengetahui apa-apa itu, duduk dan berbicara seperti biasa. Sebelum mengundur diri, dia tidak pernah lupa berpesan kepada tuanku raja. "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, manakala orang yang berbuat buruk, maka cukuplah keburukan itu sebagai balasannya."
Setelah sekian lama berada di istana. Lelaki penasihat telah meminta diri untuk pulang. Ketika itu tuanku raja pun berkata memulakan rancangannya,
"Aku menitahkan kamu untuk bawa surat ini dan serahkanlah kepada sahabatku di negeri sebelah."

(Kandungan surat itu adalah seperti berikut, "Jika sampai kepadamu pembawa surat ini, maka kau sembelih dan bunuh saja dia. Dia telah mengkhianati aku. Dia telah membuat derhaka kepadaku."
Lelaki penasihat yang tidak mengetahui apa isi kandungan surat tersebut, hanya menurut saja perintah sang raja. Dia lalu mengambil surat itu untuk disampai kepada sahabat raja tadi.
Dalam perjalanan menuju ke negeri sebelah untuk menyampaikan surat tersebut kepada sahabat tuanku raja, tiba-tiba si pendengki telah menghalang perjalanannya.
"Wahai sahabat, apa yang kamu bawa bersama-sama mu itu?" tanya nya.
"Oh, ini surat dari tuanku raja untuk sahabatnya di negeri sebelah. Surat ini baginda telah tulis dengan tangannya sendiri. Biasanya baginda tidak akan menulis surat sendiri, melainkan surat mengenai urusan pembahagian hadiah.", kata lelaki penasihat raja kepada si pendengki itu.
"Jika begitu, berikanlah surat itu kepadaku. Aku akan menghantarnya surat tersebut seperti yang disuruh oleh tuanku raja. Aku betul-betul dalam kesusahan sekarang dan memerlukan wang atau hadiah." pintanya.
Si pendengki telah mereka-reka cerita mengatakan dia dalam kesusahan. Dia menceritakan betapa susahnya hidupnya sekarang.

Oleh kerana kasihan mendengar kisah kehidupannya, lelaki penasihat raja pun kemudiannya menyerahkan surat tersebut untuk dihantar kepada sahabat tuanku raja di negeri sebelah.
Si pendengki berasa gembira sekali. Dia menjadi begitu bersemangat untuk menyampaikan surat itu dan menerima hadiah daripada sahabat raja.
Setelah sampai ke negeri sebelah. Si pendengki pun lantas menyerahkan surat itu kepada sahabat raja seperti yang diarahkan.
Sahabat raja membaca surat, lalu berkata ; "Celakah lah kamu. Kamu adalah seorang penderhaka. Kamu telah mengkhianati rajamu sendiri. Sekarang, raja kamu telah mengarahkan aku untuk memancung lehermu."
Si pendengki berasa sangat takut. Dia berkata ; "Tidak! Tidak! Yang dimaksudkan oleh raja itu bukan aku sebenarnya. Biar aku jelaskan semuanya. Beri aku kesempatan untuk membuktikannya." Rayunya dengan penuh ketakutan.

"Tidak! Perintah raja tak boleh ditunda. Aku akan melaksanakan hukuman itu sekarang. Pengawal, bawa penderhaka itu ke mari. Biar aku pancung kepalanya." kata sahabat raja tersebut.
Raja di negeri sebelah lalu memancung leher si pendengki yang malang itu.
Pada keesokan harinya, lelaki penasihat itu datang seperti biasa ke istana dan berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan baik, dan orang yang berbuat buruk, maka cukuplah keburukan itu sebagai balasannya."
Raja berasa sangat harian melihatnya masih hidup.
Setelah ditanya satu persatu, barulah sang raja tahu cerita yang sebenar.
"Sebenarnya semalam, seorang lelaki telah mengundangku kerumahnya dan menghidangkan masakan berserta ulam bawang merah dan putih. Semasa aku bertemu dengan tuanku, aku tutup mulutku agar tuanku tidak tercium bau tidak sedap dari mulutku. Setelah aku keluar dari istana, lelaki tersebut sekali lagi telah menghalang aku. Dan meminta surat yang tuanku berikan untuk disampai kepada raja negeri sebelah." Lelaki penasihat raja menceritakan segala-galanya kepada tuanku raja.

Barulah raja tahu tentang keburukan yang dilakukan oleh si pendengki itu.
Mendengar cerita itu, maka fahamlah raja bahawa lelaki yang mati itu sebenarnya telah menaruh hasad dengki kepada sahabatnya.
"Sekarang barulah aku faham maksud pesanan yang selalu kamu ucapkan. Benar katamu, orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, manakala orang yang berbuat buruk,maka cukup keburukan itu sebagai balasannya." Kata tuanku raja.

Sahabat-sahabatku sekalian,

Ingatlah pesanan ini. Perasaan hasad dengki dan iri hati itu adalah sifat terkeji. Sifat dengki hanya akan memakan diri. Dengki itu merosakkan amalan. Dengki itu mengahapuskan kebaikan sepertimana api yang membakar kayu api. Ingatlah, sifat dengki hanya akan merugikan diri kita sendiri.
Sekarang cuba muhasabah diri sebentar. Adakah dalam diri kita ada perasaan hasad dengki kepada orang lain? Perasaan dengki pada rakan sekerja? Perasaan hasad dengki kepada rakan serumah? Perasaan iri hati atas kejayaan orang lain? Dengki dan jealous pada orang lain? Renung-renungkan dan selamat beramal.













Khamis, 16 Disember 2010

BuNgkUsan DaH SaMpai

 Dah agak lama order barang nie dari rakan internet beli dari May-May Shop......saper nak beli boleh browse kt blog dia errrr.....agaknya2 dari bulan November lanjutlah ke sekarang baru sampai kt tangan....cam2 hal....bila barang dah ader aku lak cuti panjang...sib baik tuan kedai masih lagi ader stocknyer......nilah barangnya....saje untuk kerja2 craft aku yang x seberapa tu.....sebagaimana nak memuaskan hati sendiri.....


Ha2x nie dia batting yang ade gam on one side...actually byk kedai bunga2 kt umah aku jual benda2 nie tapi x de yang ader gam segini....tu ler aku nak jugak cam ner rupernnyer batting yang ader gam nie.....ruper2nyer cam gine....puas hati aku bila dah dapat........lepas nie aper lagi.........jadi tukun kah2x...... (actually batting nie cam2 leh buat,  sebagai interface untuk beg bagi stabil nd nampak lagi cantiklah)

Baju Kurung Biru

 Semalam petang kt sekolah kakak. kakak bagitau dia masuk pulak nasyid untuk hari konvo. ari sabtu nie...aduz cikgu suruh pakai baju warna biru...biru laut, biru tua....ntah mana satu ntah biru budak nie citer....geram sungguh coz siang2 tanya kakak ader masuk x? ckp x der, adam dah bagitau siang2 sebln lepas so yg adam punya dah siap prepare dah baju melayu kaler rebina (kaler purplelah tu). Uh kami terus  pecut pie kedai kain nagayo Subang.....nak pilih biru pon banyak......naik pening kpla budak tu yg biru nie boleh, biru nie boleh....dah rambang mata kot....akhirnya berkenan kt biru nie....aduzzz kainyer lembik ng agak licin.....alamat cam ne nak jahit nie....dah lerrr ader masa sok ngan lusa je....haru sungguh ler budak nie.....

Lepas maghrib je aku trus zap- zup aje, rasanya potong ader senget benget nie, udahnyer kain lembik, aku nie kan peringkat amatur...ha2x janji berdirinya sepasang baju......ayat cam berdirinya sebuah bangunan.....

 Bila dah siap potong, kakak tanya lak mama baju kakak dah siap , banyak songel muka......ingatkan pegang kain terus boleh jadi baju ke? siap aku jeling kt dia......
 Kah2x...aku sendiri pon prasan lengan yang aku potong satu kecik satu besar, kain tu asyik lari aje time aku nak potong, tapi x per kakak x kan banyak complen punya......

 Terus zas jahit tepi, tengah semangat2 giler tu tetiba si adam ngekkkkk nak tido, nak tido...biasalah budak bujang nie sorang nak tido mesti nd wajib cari mamanya.....nak tido bawah ketiak, kalau x dpt ketiak x leh tido....cam2 peel perangai.......angkat kpla tengok jam uiiii patutlah dak kol 10.00 malam memanglah.......dah lebih time dah budak tu tido.....sambung jahit sok malam lak.......

hikkkk...hikkkk sebelum tu aku sempatkan diri jahit 2 lai tudung kawanku ini.....tq padanya yg x jemu2 mencuba jahitan tudungku ini.....hik2x dah balik ke belum pergi kem tu......bila dah balik mesti bersemangat yea.......Semangat baru.......

Rabu, 15 Disember 2010

Gila menjahit....

 Aku berjaya menjahit 10 beg semuanya.......Best....best....best...........

             Kakak suka gambar Mickey ngan gambar Snoopy nie, minta dibuatkan satu untuk dibawa ke sekolah nanti....boleh x der masalah.....

Hasil jahitan sepanjang ari mingu nie, boleh jadi beg duit sesuai untuk bawak ke pasar tani or ke kedai ataupon  boleh jadi pensil case,lupa nak snap gambar bahagian dalam (ader kain alasnya) , size dia 8" x 6". Dah selamat semua adik dah bawak balik dah semuanya......penat menjahit tapi seronok tengok hasilnya....

request

Ujung september ader emergency call from kampung, side hubby atuknyer meninggal......actually kami bercadang nak balik kampung krismis nie nak  menghabiskan cuti tahunan nd nursery si Adam cuti sampai awal tahun........tapi disebabkan ader kematian kami balik ziarahlah......ari nie balik sampai malam besok t/hari pecut balik ke K.L uiiiii penat tu 6 jam journey, tapi bukan aku yg drive.....( semenjak anak masuk sekolah nd  abahnya sekolah kami teramat jarang balik kg, hanya untuk hari raya aje nd cuti sekolah. Bila anak cuti , abahnya belum cuti lagi ).


Yang nak diceritakan adalah beg cabuk yang aku try nd belajar buat melalui alam maya nie.....tup-tup tetiba " Pak Mertuaku" bertanya perihal beg yang aku bawaktu, husband ckp dia buat sendiri......alih2 pak mertua tu siap bagi ukuran request buatkan satu untuk mak mertua  untuk dibawa ke spital (mak mertuaku hemodialisis), beria-ia buat ukuran dengan tangannya.......aku jawap ialah.....permintaan ....tak perlah sementara mereka tu ader lagi kan....
so bagi x menghampakan harapan, sepasang beg ibu dan anak khas untuk mak mertuaku.....dah siap dah aku minta husband tolong poskan tapi dia nak bagi time balik krismis nanti......suka hatilah- (kengkadang terasa bagus jugak husband sekolah balik nie banyak aktiviti aku leh buat- dari x tau menjahit taule sesikit nanti bila dah habis sekolah lagi errrrkkkk ha3x)

Selasa, 14 Disember 2010

Budak baru belajar...

Ha nie dia hasil kerastangan budak yang baru belajar disepanjang ari minggu kat umah aku.....first time menjahit bolehlah.......nanti balik boleh ajar anak murid pulak.........jadi cikgu contoh gitu.......


 Uhhhhh bolehlahhhh.....diterima.......


                           Kesian kt dia buatlah "pencil case' satu untuknya letak alatan tulis dia untuk mengajar. Dah improve skit tuannya buat tag namanya....aku terus aje jahit kt beg tu senang kot2nyer tertinggalkt kantin senang murid2 pergi antor kt cikgunya yang pelupe tuuuu......