Jumaat, 28 Oktober 2011
JoM BowLINg
Posted by 2a2i at 2:58 PTGCuti depavali......joint main bowling ngan kawan2 opis husband......dah lama x turun padang......sekali sekala seronok gak.......w/pon aku memang x pandai baling pon......tumpang sorok je....
Nilah dia johon bahagian lelaki........of course le abah izzah nd adam.......1st place bahgian lelaki....hadiahhhhh...hikkkkkkkk
Alahai jari dah tercedera, tu kena masa kt umah pepagi tu......gelojoh sangat buka kabinet cari bola bowling ngan kasut ajaib dia.....sib baik boleh menang....kalau tidak memang kena kutuk habis ler ngan aku......alang2 nak main biarlah menang kan......dia cukup jaki ngan motto aku tu.....
Adam ngan kakak dah start boring dah tunggu abahnya.....aduhai kopak duit aku ...berpuluh inggit abis kat sini.....nak buat cam nerrr sekali setahun kot.....ha racing kete ngan kakak......
Lepas race kete naik motto lak........
Khamis, 27 Oktober 2011
KeKUraNgan G6PD (G6PD DeFIcIenT)
Posted by 2a2i at 3:33 PTGSalam,
Artikel nie khas unuk kawan di alam maya si Miza yang bertanya mengenai G6PD.
Maaf lama menunggu coz senarai nie terlupa letak di mana, ari nie baru terjumpa...mungkin info nie sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu yang mempunyai anak yang ade G6PD, hanya sekadar berkongsi ilmu yang ader.....Artikel nie ku dapat dari Pusat Perubatan Universiti Malaya yang dibekalkan kepada anak ke 2 aku.Sharing is Caring.......
APA YANG ANDA PERLU TAHU BERKENAAN KEKURANGAN G6PD
G6PD (glukose 6 phosphate dhydrogenes) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.
SEKIRANYA DIDAPATI BAYI ANDA KEKURANGAN G6PD
- Anak anda dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 10 hari
- Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mendapat kuning (jaundice) dengan serta merta yang boleh menyebabkan kecacatan otak
- Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah
- Kacang Parang
- Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor
- Ubat gegat
- Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat senseh
SILA PASTIKAN
Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit.Beritahu bahawa anak anda kurang G6PD
APA AKAN BERLAKU JIKA TERMAKAN MAKANAN ATAU UBAT-UBAT TERSEBUT
- Boleh menyebabkan seldarah merah musnah dengan cepat
- Bayi akan mendapat kuning (Jaundice) dengan serta merta
- Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
- Pucat
- Demam
- Mereka boleh hidup secara normal tetapi mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu
- Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit berjangkit
- G6PD diwarisi melalui faktor genatik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan adalah sebagai pembawa
Antomalarials Infections
Primaquine Respiratory Viruses
Pamaquine Infectious Hepatitis
Plasmoquine Infectious Mononucleosis
Pentaquine Bacterial Pneumonias
Mepacrine
Quinocide
Quinacrine (Atabrine) Diabetic Ketoacidosis
Quinine (C)
Sulfonamides Others /Miscellaneous
Sulphanilamide (sulamyd) Dimercaprol (BAL)
Sulfamethoxypridazine (kyned, Midicel) Methylene Blue
Salicylazosulfapyridine (Azulfidine) Naphthalene (Moth Ball)
Sulfisoxazole (Gastrisin) Aminosalicylic Acid (PAS)
Sulfapyridine Phenylhydrazine
Bactrim Acerylphenhydrazin
(Trimethoprim-Sulphamethoxazole) Probenecid (Benemid)
Vitamin K (large doses of
Nitrofurans water soluble analogues)
Ntrofurantoin (Furadantin) Chloramphenicol (C)
Furazolidone (Furoxone) Quinidine (C)
Furaltadone (Furacin) Fava Beans (C)
Chloroquine
Antipyretics and Analgesics Nalodixic Acid (Negram)
Acetylsalicylic Acid (Aspirin) Orinase
Acetanilide Doxorubicin
Acetophenetidin (Phenacetin)
Aminopyrine (Pyramidon)
Antipyrine Chinese Medicine
Choon Neen (Cantonese)
Isnin, 24 Oktober 2011
SiMpLE ToTE bEg/ MaKE-Up BEg
Posted by 2a2i at 11:26 PGSalam di Pagi Isnin.......
Lama rasanya x menulis dan berceloteh di sini.....naper ntah rasa cam mood banyak x rajin dari yang rajin.Sekarang nie hanya sekadar menjadi pembaca setia blog member-member. Nak kata Malas....x jugakkkk.....
Dalam kepala nie banyak sesangat rasanya memikir....apa yang aku pikir aku sendiri pon x tau.....tulah namanya mengonggggggg.......
Tapi dalam mengong aku nie aku jahitkan juga permintaan kawan yg sorang nie....dok kt umah kalau x pegang mesin jahit x sah erkkkkk.....lama lak rasanya sehari tu.......Simple tote beg untul letak Telekung.....anyway TQ Tie...
Pensel box/ Make-up pouch untuk Ustazah Sekolah kakak......
Rabu, 12 Oktober 2011
CarA RasULuLLAH S.A.W MEnJAgA KEsIhATAN DiRi
Posted by 2a2i at 5:13 PTG
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)
Isnin, 10 Oktober 2011
ToTE BeG BesAr
Posted by 2a2i at 11:52 PG2 minggu aku mengambil masa untuk menyiap tote beg nie.......menjahit hanya masa cuti sahaja dan setelah aku mematahkan 10 batang jarum menjahitku. Tetiba teringat kenapa tak tanya kt kedai singer tu ada x jarum yang boleh jahit kain yang tebal.......sebabnya mesin jahitku bukanyer "heavy duty" punya mesin....
Rupa-rupanya ader jarum singer nie ha....nah kou besar gedabak dan harganya pon RM6 sebatang....ni barulah confidemmmm........
aku buatkan another pocket di kiri kanan tote beg nie...
Jumaat, 7 Oktober 2011
PAntaI Pak PAndaK
Posted by 2a2i at 11:24 PGHa nilah dia pantai Pak Pandak. Rupa-rupanya banyak pantai yang cantik di negeri kelahiran aku rupanya......TERENGGANU. Sangat cantik dan selamat untuk anak-anak kita bersuka ria....aku tau pon pantai nie melalui adik yang kahwin ngan orang kt sini. Pantai nie terletak dekat Chendering.....balik kampung bebaru nie tiap2 petang kami lepak kt sini......nanti kami pergi lagi time cuti sekolah akhir tahun nie.......
Kebetulan time kami pergi tu binatang gamat nie tengah banyak........kata salah seorang pengunjung kt sini.....ni memang gamat tapi gred dia maybe rendah skit.....cam gred C gitu, kalau yg ader kt Langkawi tu Gred A punya kaler itam......
Memula budak2 nie geli gak nak pegang, iyalah dia lembik...eeeei geli aku sendiri pon geli geleman......tapi si Adam nie selamba Badak je dia.......
Tengok air laut dia, w/pon sampai tengah tapi still cetek lagi. Tu ler yg buat budak2 tu berkubang abis2san tu
Ni dia mak Guard diorang
Sempat gak menyibuk kutip gamat2 nie, tapi x tau nak buat apa...sebab ramai yg kutip kami pon kutiplah.......besor2 tu lak.....Tapi kami takut nd berwaspada gak iyalah tetiba binatang nie naik banyak2 kt pantai takut2 bencana besar cam Tsunami...coz binatang nie doknyer tengah laut......main sambil waspada...
Akhirnya kakak berani jugak ler pegang gamat nie....sebab nak ambil gambar punya pasal..
Cam Tapak Sulaiman...masa kami kutip dia still idup lagi. Nampak jejari dia bergerak....memandangkan kamera x canggih x leh ler nak fokus dekat
Khamis, 6 Oktober 2011
SEteLah SeBulaN BerEhaT
Posted by 2a2i at 3:51 PTGSetelah sebulan aku merehatkan kerja keras tanganku dan mesin jahit kesayanganku tu...........product for this week..........
Selasa, 4 Oktober 2011
CerITa RAya
Posted by 2a2i at 12:04 PTGMorning.....
w/pon dah agak basi, tapi aku nak cerita gak pasal raya nie.......setelah sebulan barulah ader mood nak menaip.........Tahun nie aku balik raya cam biasalah besok nak raya hari nie baru bertolak balik.....kebiasaanya kalender Kuda tarikhnyer memang betullll....tengok anak bulan tengok gak tapi sepanjang hidup aku, aku rasalah baru sekali baru nampak anak bulan...so senang2 aku pakai kalender kuda ajelah.......kalau raya gak alamaknya kami raya atas jalan raya lerrr......Raya jugak namanyer kan.....
Cam biasa kalau balik keter kami hanya tinggal 2 seat saja, 1 untuk aku 1 lagi untuk driver....yang kat belakang semua dah jadi katil dah.....
Adam dah siang2 dah berkubang ngan selimut dia,kejap lagi tuuuu di Alam fantasilah......alih2 dah sampai kampung......
Memandangkan aku dah x der orang tua,kalau balik rumah pusaka tu kamilah jadi orang tua.......seronok semua adik berdik berkumpul pepagi di Rumah tuuu...sampai salam sambil kutip duit raya.....
Dah abis kutip duit raya ngan adik beradik kami start bergerak ke rumah makchik dan pakchik lak....sebelah ayah coz sebelah mak hanya tinggak sorang aje......Ha orang beraya kami rembat buat mempelammmm...bestttt banyak sangat buahnyer dapat ler tapau 1 beg plastik besar penuh.....
Lepas tu bergerak lak ke rumah adik ayak 1 lagi nie...tahun lepas kami makan duku sampai kembung2 perut, tahun nie bukan musim dia....ha nak tau musim apa lak musim cendawan....adik ayah nie anak dia usahakan umah cendawan....raya tu kami kenduri cendawan gorenggg...besttt segar2 baru kuar dari ladangggg....Tu dapat tapau lagi 2 beg siap ngan rempah ratusnyer sekali.......IKS katakan.....berjaya jugak sepupu aku nie buka bisnes nie.....
adik aku ngan anak buah siap posing dalam umah cendawan tuuuu....
Tengokkk tunggu masa untuk menuai........kalau segar cam gini bau dia manis....Tapi cendawan nie kalau saper2 sakit sendi x leh makan bisa sangat...
Suami adik aku...siap dapat 'angpau' lagi nak cuba kt umah dia....aku rasa cammmmm.....hikkkkkkk x yah beranganlah .....beli ajelah tau sesangat tuuuu...
Nilah anak-anak buah aku......yang lelaki dewasa tu abang aku yang sulung....
Korang tau x nie buah apa sebenarnya.........kami panggil dia buak katak puru....sangat bagus untuk orang darah tinggiii....jenuh depe2 nie semua suruh aku makan....sedap tau masam-masam manis....habis gondol pokok tu kami kutip buah-buahnyer...setiap perhentian rumah kami dapat bawak balik jajan....
Pakchik aku kata sangat senang nak tanam pokok nie....pokoknyer rendah aje ambil buah pakai tangan ajea.....
Jumaat, 30 September 2011
SyAwaL Dan BerLALu
Posted by 2a2i at 6:24 PTGAssalamualaikum.....
Lama benar rasanya x menulis di blog nie......a'ah memang bila tgk kalender dah hampir sebulan dah, dan naik bersawang blog aku nie...........nak buat cam mana bila dah berpindah tempat baru semuanya macam kena start yang baru semua.........'terpaksa bersabar'.
So dah petang sesangat nie......sambung citer next weeklah......selamat berhujung minggu semua.
Subscribe to:
Catatan (Atom)



