Selasa, 26 April 2011

x...XX...xxx

Aduz ari nie amat ngantuk nd amat membosankan...rasa cam nak cuti je, lama sangat dah x ambil cuti........last balik kampung bulan disember tahun lepas,nak bercuti kakak pulak sekolah, tulah kalau anak-anak dah start sekolah susah sikitlah nak berjalan.....kita terpaksa ikut jadual diorang, kalau dulu blum sekolah lagi anytime diorang leh ikut kita.....so apa2 hal kenalah tunggu cuti sekolah......

Isnin, 25 April 2011

SliNg BeG, CuRvY BeG Nd ToTE BeG

Tq kepada kawan-kawan yg sudi menempah.........permintaan Minggu nie semua beg adalah dari kain jenis corduroy...

Tq Cik Wawa .....penempah setia, minggu nie diminta olehnya untuk buat sling beg. Seorang yang amat meminati kaler pink. anyway tq Wawa....


 Cam biasa bahagian dalamnya, lining daripada heavy cotton dengan 1 zip di bahagian dalam dengan 2 magnetic sap button.


 Nie Pn. Dila punya.....size curvy beg size L..

Lining dengan heavy cotton dengan 1 zip pocket di bahagian dalam..

 Tote beg untuk cik Madiah..opppp Pn. Madihah (sorry) a.k.a beg telekung
disertakan 1 pocket besar di bahgian luar.

Khamis, 21 April 2011

HAri Nie BAru SenAng

Hari nie bari masuk opis, 2 hari lepas nd campur separuh hari nie sibuk nd menyibukkan diri pergi kursus, sekali skala kuar opis jap...tengok keadaan kt luar, cuci mata, cuci otak nd yang penting tambah ILMU....

Isnin, 18 April 2011

CUrvey BEg

Ya2x dah lama berhajat nak buat beg curvey nie, tengok sana tengok sini, akhirnya semalam impian terlaksana juga, aku gunakan kain courduroy yang dibeli online dengan crafty buddy, bila dah siap seronok sesangat......


Fully covered dengan lining dan aku buatkan 1 compartment berzip, kot2 nak simpan kad2nyer, dengan 2 magnetic button untuk penutupnya....
 
Aku suka pattern pensel box nie....oder kwn opis husband, Thank you.... sorry yea gambar mickey dah abih dah.........

 Jahitkan 2 lai tudung syria kawan opis. Tapi inner dia aku kurang pasti lagi, nanti aku akan cuba nd terus cuba membuatnya......


CuCi KOlaM

Sabtu pepagi lagi si Adam memaksa abahnya mencuci kolam, x boleh tunggu nanti ikannya mati, paksa juga abah buatkan juga, sebenornya adam yang nak main air, tau sangat tu....aku malas nak tolong, uh kt dapur tu belum masak apa-apa lagi. Sementara diorang x kacau aku kt dapur aku sempatkan masak nasi tomato, dah lama x masak nasi nie.....request dari husband, iyalah pening kpla gak w/pon seminggu skali masak menu dia.....kalau cakap menu apa nak senang skit, x yah pening2 fikirkan....kejer pon lancar aje


 Ha kan dah kata diorang yang sungguh2 nak main air......sebab kalau x cuci kolam mana boleh main tangkap ikan tu...tu ler dapat peluang tu.....kejar sana kejar sini ikan tu, naik mabuk ikan tu.....


 Ha2x kakak berpuluh kali cuba tangkap ikan, mana dapat kakak oiii kalau pakai bekas tuu....wakahhhh....usaha tangga kejayaan....cuba lagi dan lagi....



 
Akhirnya kakak dapat jugak selepas berhempas pulas.....
 
 Itik-itik pon tunggu untuk dimandikan.......yang maknya dah patah kepala dah dikerjakan oleh si adam..biasalah mana boleh dok dengan aman.


 Cuci kak jangan x cuci....rajin rupanya anak mama nie.....

 
Ha tu dia dah tau dah kalau main air mesti lapar punya, calang2 nie kena makan nasi.....lapar sungguh tu, x yah citer 3x adam tambah nasi.....budak tengan nak membesar........

Selasa, 12 April 2011

ApA ItU G6PD

                                                   

Apa tajuk entry hari nie.......Tadi semasa aku search mencari artikel yang diminta oleh bos, tetiba terjumpa satu blog yang menarik hati aku.....minta izin pada tuan blog dia erkkk Si DayBab sebab entry yang dibuatnya ini teramatlah menarik minat saya......G6PD....kerana Adam pon salah seorang daripadanya.......nak tulis semula apa yang diulasnya......

APA ITU G6PD 

G6PD adalah akronim bagi 'Glucose -6-Phospatedehydrogenase'. Ia merupakan penyakit keturunan di mana seseorang itu mengalami kekurangan enzim yang dipanggil glucose 6 phospatedehydrogenase yang mana enzim ini biasa didapati dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan ataupun makanan. Kekurangan G6PD bukan satu kecacatan atau penyakit sebaliknya adalah satu fenomena keturunan di mana bayi lelaki / kanan-kanak cenderung mengalaminya berbanding orang dewasa. Pada dasarnya ianya tidak merbahaya. Biasa lelaki adalah pembawa.
Kompikasi hanya berlaku jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses hemolisis dalam darah. Sel darah merah penderita G6PD biasanya amat sensitif terhadap zat oksida dan mengalami penguraian. Kekurangan enzim G6PD yang terdapat dalam kalangan 2% bayi terutamanya bayi lelaki menbawa kepada hemolisis. Kebiasanya semasa kelahiran darah dari tali pusat akan diambil untuk dibuat ujian. Bayi akan kelihatan kuning dan perlu menerima rawatan fototerapi untuk mengelakkan kerosakan otak akibat tahap bahan kimia bilirubin yang terlalu tinggi kadarnya dalam darah. Jika tahap bilirubinnya terlalu tinggi sehingga mencecah 20mg/dl (340umol/L) proses pertukaran darah terpaksa dilakukan, ini hampir terjadi kepada Adam... (375umol/L) Tapi Allah itu Maha Kaya.
Penderita G6PD akan berdepan kompikasi tertentu jika tersalah makan. Makanan yang disebut sebagai " Makanan Pembnunuh" ialah kacang Parang.
ubat gegat dan ubat sehseh.
KACANG PARANG.

Kacang Parang atau nama botaninya "Vicia Faba' merupakan sejenis tumbuhan legum yang cukup digemari ramai. Ianya merupakan satu-satunya makanan yang dikaitkan dengan fenomena G6PD serta cenderung menjadikan penderita menghadapi masalah lebih serius jika memakan kacang tersebut atau terhidu debunganya.
Kacang parang mentah atau dimasak memberi kesan alergi kepada sesetengah penderita G6PD. Apabila penderita makan kacang tersebut, berlaku satu proses anemia hemolisis, dimana fungsi sel darah merah akan terganggu & saluran darah akan tersekat. Proses ini terjadi dalam tempoh secepat 24jam. Ini pernah terjadi di depan mataku sendiri semasa di PPUM. Semasa itu aku di dalam pantang terpaksa tinggal lama di wad Kanak2 kerana Adam di dalam tempoh kritikal dan pengawasan Doktor. Sepasang suami isteri membawa anaknya dlm linkungan umur 3tahun.....keadaannya sungguh teruk selembik kain buruk.....byk doktor soal menyoal, aku dah agak dah.....menangis maknya kerana tidak percaya dengan keadaan anaknya. Malam itu juga terpaksa tukar darah. Penderita akan berasa kurang selesa dan kadangkala koma! terdapat juga kes terpencil yang mengakibatkan kematian. 

APA YANG TERKANDUNG DI DALAM KACANG PARANG SEHINGGA IA DIKENALI SBAGAI MAKANAN " PEMBUNUH" 

Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi sejenis bahan kimia dikenali senagai 'levedopa'. Levepoda menyekat kuantiti oksigen daripada menyerap masuk ke dalam sel darah merah.
Kuantiti levedopa dalam kacang parang berbeza bergantung kepada beberapa foktor sepertii lokasi tumbuh, kandungan tanah di lokasi ia tumbuh, jumlah hujan yang turun pada satu tempoh.
Kacang parang muda lebih tinggi kandungan levedopanya berbanding kacang parang matang. kira-kira 84gm/setengah cawan. Kacang parang segar mengandungi lebih kurang 50mg-100mg levedopa. Paling menarik, sarung kekacangnya mencatat kandungan tertinggi levedopa berbanding bahagian lainya. 

SIMPTOM-SIMPTOM G6PD

Akibat kegagalan kemasukan oksigen ke seluruhan tubuh secara efektif, maka akan berlaku gejala-gejala seperti berikut:

Sakit atau pening kepala
Kesukaran nernafas

Degupan jantung yang pantas

Nadi berdenyut pantas

Kenaikan suhu badan mendadak

Kulit &membran mukus menjadi kekuningan
Pernafasan menjadi lebih pantas
Kesihatan mulai merosot, badan menjadi lemah

Air kencing bertukar menjadi kuning gelap.
Satu kejayaan bagi aku kerana aku nekad breastfeed Adam sepenuhnya selama 2tahun 3 bulan, itu azam aku setelah aku melalui detik2 cemas semasa Adam di rawat. Setelah 6 bulan berlalu dan bermacam-macam ujian dijalankan sepenuhnya termasuklah ujian telinga, bilitria Atrisia, fizikal etc Adam dah dalam keadaan selamat terlepas dari semua ujuan tersebut, hanyalah perlu mengelakkan daripada apa yang telah disenarai oleh Doktor. SYUKUR



Isnin, 11 April 2011

BeLAjaR CuP CAke

Hari minggu saat yang dinanti- nantikan oleh 2 beradik nie, coz dah janji nak buatkan cup cake yang dipelajari pada 2 minggu lepas pada diorang, tambahan pula barang2 dah siap shopping seminggu yang lepas lagi. Adam cam biaslah hari2 ditanyanya...biasalah soalan diorng cam komputer selang 5 minit ulang lagi....kan betul tak?
Bukan apa diorang nie nak menyibuk dam menyepahkan mana2 yang patut. Bila aku pegang nie diorang pon bz nak cuba juga, uh lantaklah aku malas nak bising2 suka hati kou orang le.....nilah jadinya...last2 aku bagi dia aje yg pegang mixer nie....janji semuanya sebati 



  Itulah kerja diorang lepas kakak, Adam pulak gilir2 diorang nie....

 
Ha time nie diorang x kacau lak...yg nie diorang serahkan pada aku lak.....

 Gambar2 untuk kakak...reger dia RM8 untuk sebesar kertas A4 size....boleh makan tau....leh dpt kt Bake With Yen, itu je tempat yang aku tau kt Jln Hj. Taib



Yang nie gambar untuk dak lelaki..biasalah

 Sedang mencampurkan kaler kuning untuk dibuat icing......suka kaler kuning katanya.....all barang2 nie smua ada kt kedai kek itu....just pergi beli aje...

 
 
 Ha nie dia dah jadi dah.....dah malas aku dah nak bising suka ati demelah.....tabur segala macam ish dah x terlarang dah......

 
 
Kakak tengah praktis buat tulisan ngan daun kt atas pinggan selepas puas merajuk kena marah ngan aku..........sebab ntah per2 ditaburnya diatas cup cake tu sampai dah x jadi rupernya.....

Sama juga ngan adam...suka2lah....janji x gaduh nd x bising udahlah
Satu hal yg best kali nie semua pinggan dan mangkuk semuanya dibasuh oleh budah2 tu, bagi peluang w/pon semua lantai basah......uiiii rupernya dah pandai diorg semua bekas2 tu x der pon berminyakkk.....kena percaya pada anak2 kita tau.......

SaMbunGan......

 Inilah dia hadiah yang dimenangi, hari jumaat itu hari lari jap gi ambik, jenuh teramat jenuh pusing2 cari tempatnya...address nd map dia salah, sedikitlah bengang, tapi mujurlah jumpa jugak, kalau idok mau je aku kena marah ngan hubby......hik2x biasalah kan kita nie menumpang kannnn.......
   
 

Lepas nie aku rasa jenuhlah aku dok memasak pakai resepi maggie nie........macam2 rempah segera......ha2x ia ke aku akan mengabiskan smua stok nie atau ponnn.......dot...dotttt

Khamis, 7 April 2011

BiLAlah Boleh PerGI AmbIL NIe.....


Aku memang salah seorang pengkoleksi buku Karangkraf bab2 deco ni semenjak belajar lagi  tapi dulu nak beli mahal, sekali sekala aje kalau duit terlebih, seronok sungguh tgk umah2 orang yang cantik2 di dalam majalah nie,banyak idea dan info yang boleh diperolehi- ha3x cam tlg promote je, ish x derlah . Alang2 membaca tu meh sertai peraduannya....bak kata org tu membaca sambil ambil kesempatan. W/pon hadiahnya x seberapa tapi terima aje kalau org nak bagi kan....Dulu aku suka masuk peraduan PA&MA masa anak2 kecik dulu, tapi sekarang nie dah rasa cam x sesuai lak nak memabaca buku tu anak2 dah besar.....Tapi buku2 Anjung Seri, Impian, Dapur,Apartment dan Laman Tetap di Hatiku.....cam tulis cogankata lak kahhhhh


KaKAk PunYA

Kalau ikut pengiraan ini dah termasuk 3 kali dah pensel box kakak bertukar ganti....ganas betullah kesemuanya yang lepas2 tu tercabut zipnyer....mentang2lah mama dia boleh jahitkan.......yang ni pulak paksa aku jahit juga malam semalam..........aduz penatlah tapi mengingatkan dia dah start buat perangai, terpaksalah gagahkan jugak jahitkanya.....pah tu abah dia lak ngada2 bagitau pensel box dia koyak jugak...ish x kuasa nak layan cam budak2 tunggulah bila aku senang baru aku jahitkan.......
  

Isnin, 4 April 2011

ADd New ITeM

 Clutch beg hello Kitty yang dah lama diminta oleh tuannya.....sorry baru jumpa hello kitty...tq Wawa....


 Try buat pensel box pattern baru.........untuk Adam.....dah lama ditunggu....minggu nie baru dapat.....

 Beg telekung order dari K.Salwa...Tq



CuP CaKE


Hari jumaat lepas 1/4/2011 macam x percaya cita2 selama nie yang terpendam untuk belajar cup kek tercapai juga.....uiiii sesangatlah seronoknya.....cam x percaya baru seminggu sudah asyik sebut2 ngan hubby kalau semua dah settle tlg antor saya nak pergi belajar kelas cup cake....Tq Pn. Zila

  
 
                                               

Ha nie dia penganjurnya...Pn. Zila tq.....kalau ader sambungannyer masukkan jugan nama kami erkkk....

 Cikgu yang akan mengajar kami....Pn.Dila dari Dila Delli....nanti dptkan alamat blognyer....

  
 Para peserta dengan dengan penuh semangatnya....semuanya teramat teruja.....
 
 Cikgu Dila menunjukkan cara-cara membuat adunan kek......kalau senang nanti uploadkan bahan-bahanya......

 1 tip yang cikgu bagi untuk mendapatkan 3/4 isi dalam size medium cup cake....cara mudah ialah dengan menggunakan scope ice-cream.....kalau pakai sudu ader sedikit kecomotanya....1 scope ice-cream nie memang ngan2 dengan 3/4 cake...


Ha kan dah jadi dah........

Start buat lupa namanyer........
Sila pilih gambar2 yang akan dihias diatas cup cake. Gambar2 nie semua boleh dimakan dan semuanya boleh didapati di kedai kek....kt KL nie yang paling senang boleh dapat kt Bake with Yen kt Chow Kit.....
 Cikgu tunjukkan cara- cara untuk membuat bunga dan hiasan di tepi kek.....cara membuat daun, teddy bear, roses, tulisan

 Jeng-jeng inilah hasilnya......walaupun tangan terketar2.........