Selasa, 12 April 2011

ApA ItU G6PD

                                                   

Apa tajuk entry hari nie.......Tadi semasa aku search mencari artikel yang diminta oleh bos, tetiba terjumpa satu blog yang menarik hati aku.....minta izin pada tuan blog dia erkkk Si DayBab sebab entry yang dibuatnya ini teramatlah menarik minat saya......G6PD....kerana Adam pon salah seorang daripadanya.......nak tulis semula apa yang diulasnya......

APA ITU G6PD 

G6PD adalah akronim bagi 'Glucose -6-Phospatedehydrogenase'. Ia merupakan penyakit keturunan di mana seseorang itu mengalami kekurangan enzim yang dipanggil glucose 6 phospatedehydrogenase yang mana enzim ini biasa didapati dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan ataupun makanan. Kekurangan G6PD bukan satu kecacatan atau penyakit sebaliknya adalah satu fenomena keturunan di mana bayi lelaki / kanan-kanak cenderung mengalaminya berbanding orang dewasa. Pada dasarnya ianya tidak merbahaya. Biasa lelaki adalah pembawa.
Kompikasi hanya berlaku jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses hemolisis dalam darah. Sel darah merah penderita G6PD biasanya amat sensitif terhadap zat oksida dan mengalami penguraian. Kekurangan enzim G6PD yang terdapat dalam kalangan 2% bayi terutamanya bayi lelaki menbawa kepada hemolisis. Kebiasanya semasa kelahiran darah dari tali pusat akan diambil untuk dibuat ujian. Bayi akan kelihatan kuning dan perlu menerima rawatan fototerapi untuk mengelakkan kerosakan otak akibat tahap bahan kimia bilirubin yang terlalu tinggi kadarnya dalam darah. Jika tahap bilirubinnya terlalu tinggi sehingga mencecah 20mg/dl (340umol/L) proses pertukaran darah terpaksa dilakukan, ini hampir terjadi kepada Adam... (375umol/L) Tapi Allah itu Maha Kaya.
Penderita G6PD akan berdepan kompikasi tertentu jika tersalah makan. Makanan yang disebut sebagai " Makanan Pembnunuh" ialah kacang Parang.
ubat gegat dan ubat sehseh.
KACANG PARANG.

Kacang Parang atau nama botaninya "Vicia Faba' merupakan sejenis tumbuhan legum yang cukup digemari ramai. Ianya merupakan satu-satunya makanan yang dikaitkan dengan fenomena G6PD serta cenderung menjadikan penderita menghadapi masalah lebih serius jika memakan kacang tersebut atau terhidu debunganya.
Kacang parang mentah atau dimasak memberi kesan alergi kepada sesetengah penderita G6PD. Apabila penderita makan kacang tersebut, berlaku satu proses anemia hemolisis, dimana fungsi sel darah merah akan terganggu & saluran darah akan tersekat. Proses ini terjadi dalam tempoh secepat 24jam. Ini pernah terjadi di depan mataku sendiri semasa di PPUM. Semasa itu aku di dalam pantang terpaksa tinggal lama di wad Kanak2 kerana Adam di dalam tempoh kritikal dan pengawasan Doktor. Sepasang suami isteri membawa anaknya dlm linkungan umur 3tahun.....keadaannya sungguh teruk selembik kain buruk.....byk doktor soal menyoal, aku dah agak dah.....menangis maknya kerana tidak percaya dengan keadaan anaknya. Malam itu juga terpaksa tukar darah. Penderita akan berasa kurang selesa dan kadangkala koma! terdapat juga kes terpencil yang mengakibatkan kematian. 

APA YANG TERKANDUNG DI DALAM KACANG PARANG SEHINGGA IA DIKENALI SBAGAI MAKANAN " PEMBUNUH" 

Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi sejenis bahan kimia dikenali senagai 'levedopa'. Levepoda menyekat kuantiti oksigen daripada menyerap masuk ke dalam sel darah merah.
Kuantiti levedopa dalam kacang parang berbeza bergantung kepada beberapa foktor sepertii lokasi tumbuh, kandungan tanah di lokasi ia tumbuh, jumlah hujan yang turun pada satu tempoh.
Kacang parang muda lebih tinggi kandungan levedopanya berbanding kacang parang matang. kira-kira 84gm/setengah cawan. Kacang parang segar mengandungi lebih kurang 50mg-100mg levedopa. Paling menarik, sarung kekacangnya mencatat kandungan tertinggi levedopa berbanding bahagian lainya. 

SIMPTOM-SIMPTOM G6PD

Akibat kegagalan kemasukan oksigen ke seluruhan tubuh secara efektif, maka akan berlaku gejala-gejala seperti berikut:

Sakit atau pening kepala
Kesukaran nernafas

Degupan jantung yang pantas

Nadi berdenyut pantas

Kenaikan suhu badan mendadak

Kulit &membran mukus menjadi kekuningan
Pernafasan menjadi lebih pantas
Kesihatan mulai merosot, badan menjadi lemah

Air kencing bertukar menjadi kuning gelap.
Satu kejayaan bagi aku kerana aku nekad breastfeed Adam sepenuhnya selama 2tahun 3 bulan, itu azam aku setelah aku melalui detik2 cemas semasa Adam di rawat. Setelah 6 bulan berlalu dan bermacam-macam ujian dijalankan sepenuhnya termasuklah ujian telinga, bilitria Atrisia, fizikal etc Adam dah dalam keadaan selamat terlepas dari semua ujuan tersebut, hanyalah perlu mengelakkan daripada apa yang telah disenarai oleh Doktor. SYUKUR



0 comments:

Catat Ulasan