Rabu, 29 Februari 2012

tamaN buRunG...

Selamat pagi semua......
Hari nie baru ader mood sikit nak menaip.......semenjak 2 menjak nie mood untuk menaip semakin menurun, nie nak kena pergi hooolidayyyy kot....ha2x tu semua alasan semata-mata...kalau dah malas + ngan mood x der =x dapet nak nulung, 

aku rasakannyer dah lama dah x kuar dari KL nie.....asyik2 round2 dalam kl aje nak muntah ijau kalau ingat2kan.....mana erk tempat nak dituju......susah ler ngan kenkangan orang tua belajar nie....semua masa sangat terhad.......rasanyer kalau ader cuti sikit rasanya sangat2 berharga......sabor...saborrrr suatu hari masa tu akan tiba gak....

bebalik kt budak 2 beradik tu diorg nie x kisah pergi mana pon, janji kuar aje dari pintu pagar tu....masuk kete aje...akan terkuarlah ayat " mama kakak laparlah' w/pon aku dah masak macam2 seronok makan kt kedai gak w/pon benda yg aku masak sama ngan kedai...sama ke? ha2x prasan....tempat yg sama pon pergi berulang-ulang kali pon x per, 1 aje temapt yg diorg bising .....tempat aku pergi beli barang2 jahitan aku, akan terkuarlah kata2 asyikkkkk gi beli kain mama aje...tulah dia mulut cam mak nenek....pah tu muncung......minggu nie diorg punya plan ajak gi Taman Burung....aiya jemu aku...dari burung kecik la nie dah jadi besar2 dah burung tu.....x jemu2 budak berdua nie.......








 






 

Isnin, 20 Februari 2012

KemBali KeRUtin BiasA

Seminggu lebih tak memegang mesin jahit- 2 minggu kot......tambahan lak hubby cuti semester lagi ler x leh pegang mesin jahit......nanti bz anak2, bila tengok abahnyer ader kt umah mulalah pandai ajak gi sana sini.....uh terlepas aktiviti aku...tapi x per this week minggu terakhir dia cuti...next week dah start kelas dah.....hiiiii bahgia aku ha2x....so nie order yg dah lama terperap kt meja, sib baik tuan empunya diri x bertanya lagi......

Aduz,nak dapat balik momentun menjahit tu agak liat gak memulanyer, sebabnyer dah lama rileks...sian mesin jahit tu, tuan dia x der pegang dia.........tapi kalau x start x kan dapat momentun tu kan....yessss pasang niat kt hati nie......hiiiii berjaya gak misi minggu nie.......
4 pensel case ngan 1 beg kosmetik.... (nak snap gambar lak malas)




 

Khamis, 16 Februari 2012

4 TaNDa HiduP X BErkaT


Dalam entri kali ni, saya nak ajak anda untuk muhasabah diri sikit. Pasal keberkatan hidup. Ada orang tak kisah pun pasal berkat atau tak berkat ni.
Tapi bagi saya, keberkatan tu sangat penting. Hidup tak berkat, maknanya hidup jadi tunggang langgang. Kalau hidup tak berkat, susah nak rasa bahagia.
Betul tak? Itu pandangan saya saja.


Terpulanglah pada masing-masing. Kalau rasa keberberkatan tak penting, tak perlu pening untuk fikirkannya. Tak perlu susah-susah untuk mencarinya. Hiduplah ikut sesuka hati anda.
Tapi bagi yang concern atau ambil berkat tentang keberkatan dalam hidup. Ayuh, mari kita sama-sama check diri kita dengan melihat kepada 4 tanda hidup tak berkat ini.
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

 

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah.
Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.