Rabu, 17 April 2013

Eh BenaR KAh INi....

Semalam hubby aku beli paper sinarharian...hikkkk ni pest time beli nd aku baca paper nie..ntah aper mimpi dia beli paper nie...tup2 dlm dok belek-belek tu terjumpa ler 1 artikel penuh muka surat pasal yang orang dok gebang-gebang sekarang nie....RUMPAI LAUT..termasuklah aku salah sorang yang terjebak nie....betul ker ni?


nak kata x benar tapi artikel nie ditulis oleh seorang doktor....
Ni aku tulis skit psal artikel tu.

Sebahagian iklan dan label bungkusan produk berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti 'marin kologen', 'ibu kologen'atau 'kologen mentah'. Adakah benar rumpai laut Sabah mengandungi Kologen?
JAWAPANNYA ialah rumpai laut tidak mengandungi kologen. Setakat ini tiada sebarang kajian saintis yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya pun didapati mengandungi kologen.Kologen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan.

kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kologen adalah sejenis protein. protein yang memliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kologensifat kologen barulah boleh dipanggil sebagai kologen, jadi mengatakan sesuatu jenis rumapai laut mengandungi kologen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.
tulah sedikit sebanyak yang aku leh taip kt sini, nak baca lebih detail carilah balik paper sinarharian bertarikh 16 April 2013...

0 comments:

Catat Ulasan