Ada orang apabila x der duit,hidupnya begitu sempit. Ada orang apabila bergaduh dengan isteri/suami hidunya menjadi begitu tertekan. Ada orang apabila kerja bertimbun, hidupnya jadi kusut tak tenang, pendek kata ada banyak sebab manusia tidak dapat hidup dengan tenang bahagia.
9 Sebab mengapa hati tidak bahagia.
1. Pemarah
Orang yang ada sifat pemarah dalam dirinya, pasti sukar berasa tenang tenteram. Sikit punya hal dan ada masalah sikit dan nak mengamuk. Tenangkah begitu? Bolehkah merasa bahagia jika begitu? Orang seperti ini sukar untuk mendapat kawan.
2.Pendendam
Orang yang ada sifat ini, pastinya hati dia tidak akan pernah tenteram. selagi dia tidak dapat membalas dendam , hatinya tidak akan tenang. Mana mungkin orang yang ada menyimpan perasaan dendam boleh tenteram. Sifat ini seperti lahar yang tersembunyi di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari cari peluang untuk membalas dan memuaskan hatinya.
3. Hasad Dengki
Ni satu lagi sifat yanga ada dalam diri kita pasti membuatkan diri kita tak tenang dan tak bahagia. Sikit2 nak berdenggki, orang beli kete baru kita dengki, orang dapat naik pangkat,kita dengki, orang bergaya sikit kita cemburu dengki.Pendek kata, orang x boleh lebih dari dia.
4. Bakhil
Sifat kedekut tahi hidung masin pun adalah sifat yang tak akan membuatkan hati kita berasa tenang bahagia. Kedekut ni sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dari dia. Bakhil sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit, dia ada masalah dan sebagainya semata- mata takut apabila diminta.
5. Tamak
Orang yang tamak tidak pernah dan tidak akan puas dengan apa yang dimiliki. ada duit RM10 dia nak RM100 dan lagi. Pendek kata, dia x pernah bersyukur dengan apa yang ada.
6. Tidak Sabar
Orang yang tidak sabar, kena ujian kecil pun dia dah merasa tertekan. Kena kutuk sikit dah nak mengamuk. apatah lagi jika diuji dengan perkara2 besar
7.Ego
Orang yang memiliki sifat ini pantang rasa dirinya dicabar, egonya tinggi. Dia pantang dikritik, pantang ditegur w/pon telah terbukti kesalahanya, dia tidak mahu mengaku. Dia tetap sombong diri, angkuh dan ego. (semua org tak betul, semua x bagus, sebaliknya dialah yang paling sempurna dan betul semuanya)
8. Riak
Riak adalah sifat yang suka menunjuk-nunjuk. Orang yang ada sifat ini, kalau buat kerja x pernah ikhlas. Mereka sebenarnya hanyalah pelakon handalan yang mahu disanjung orang. Kalau prang puji dia, maka seronoklah dia. Hati dia sentiasa tertekan keran sentiasa tercari-cari supaya sentiasa dipuji.
9. Cinta Dunia
Orang yang cinta dunia juga sebenarnya tidak merasa bahagia,kerana dia sentiasa berasa akan kehilangan harta dunianya.Dia begitu takut mati meninggalkan harta yang dimilikinya. Dia x tidak akan merasa puas dengan hartanya. Apa yang difikirkanya hanyalah untuk mencari harta dan menambah kekayaan. Dia ingat apabila kekayaan bertimbun, dia akan bahagia. Tapi rupanya tidak.
Kesimpulanya
Jadi yang menyebabkan kita berasa tidak bahagia sebenarnya bukanlah disebabkan kemiskinan, musibah atau sebagainya, tetapi sifat mazmummah dan sifat buruk pada hati kita yang menyebabkan kita tidak bahagia. Makin banyak sifat mazmummah seseorang itu, maka makin dia tidak merasa bahagia.
Marilah kita sama2 berusaha dan bermuhajah untuk membuang semua sifat yang tidak baik seperti diterangkan di atas.
- credit PakarHow To-
0 comments:
Catat Ulasan