Khamis, 16 Februari 2012

4 TaNDa HiduP X BErkaT


Dalam entri kali ni, saya nak ajak anda untuk muhasabah diri sikit. Pasal keberkatan hidup. Ada orang tak kisah pun pasal berkat atau tak berkat ni.
Tapi bagi saya, keberkatan tu sangat penting. Hidup tak berkat, maknanya hidup jadi tunggang langgang. Kalau hidup tak berkat, susah nak rasa bahagia.
Betul tak? Itu pandangan saya saja.


Terpulanglah pada masing-masing. Kalau rasa keberberkatan tak penting, tak perlu pening untuk fikirkannya. Tak perlu susah-susah untuk mencarinya. Hiduplah ikut sesuka hati anda.
Tapi bagi yang concern atau ambil berkat tentang keberkatan dalam hidup. Ayuh, mari kita sama-sama check diri kita dengan melihat kepada 4 tanda hidup tak berkat ini.
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

 

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah.
Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

0 comments:

Catat Ulasan