Jumaat, 15 Julai 2011

SAbDa RasuluLLah

Sabda Rasulullah S.A.W " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalai salah pukullah dia (sebagai pengajaran) " Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya, bukan muka, punggung, telinga dan tempat-tempat sensitif...itu salah

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga21 jadikan kawan. Tetapi selalunya usia begini ibu bapa mula merenggangkan hubungan ini menyebabkan anak derhaka"

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

Tips Utama
  1. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.
  2. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetegah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidah dihargai. Sayydina Umar berkata " Kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima". Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil,Bagainda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
  3. Pastikan hubungan dengan ibubapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan ynag baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita. Jika Tuahan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.
  4. Sayangilah kedua-dua ibubapa kita. Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjerut perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak." Hubungan denfan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertempuran, nabi suruh utamakan ibu dahulu. 3x ibu barulah sekali kepada bapa. "Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biara sama agar kedua-duanya tidak berkeci hati.
  • Mentua mesti dimuliakan seperti kita meng hormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkanya juga?. Jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua Rasul, ketiga eman dan emak mertua, keempat bapa dan bapa mertua dan kelima baru isteri. Isteri kena paham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, Kedua Rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak keatas menantu                                                                                                                                          Tips lain-lain                                                                                                                                                                                            1.  Mulakan hidup anak anda dengan panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri (Dalam Islam sendiri nama panggilam yang baik digalakkan)
  • Berikan anak anak pelukan setiap hari (kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (berikan pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukan)
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.   
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar , masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akam membuatkan anak-anak merasakan diri mereka terbeban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukanya. Tunjukkkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harilahirnya. Sediakan hadiah harijadi yang unik w/pon harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.(Anak2 yang dtg dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain)
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar lebih daripada sekali.
  • Luangkan masa bersama anak diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adlah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa sama akan menghargai barang2 kesayangan anda. Elakkan drp membuang barang kesayangan mereka w/pon sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman dan selamat malam. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanpun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  • Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.             

2 comments:

terpatrisinarabadi berkata...

lame kak zah tak buat entry baru..bizi ker?

2a2i berkata...

tulah shikin....cam2 hal bila nak menaip tu...

Catat Ulasan