Minggu ini aku rasa sangat seronok menjahit kerana langsung tiada gangguan dari 2 beradik tu...2-2 bz dengan aktiviti mereka, nak tau aper.....main air, sampaikan separuh hari baju dah 4 pasang....baru separuh hari (tu sorang, ni dah berdua) lepas main air sepahkan mainan dari bawah sampai tingkat atas, x kesahlah asalkan x kacau aku......aku pon naik heran jugak ngan budak 2 bradik nie, langsung x mintak susu.....kalau idak ishhh.....bahgia.
Pepagi lagi aku dah masakkan nasi minyak (versi akulah) untuk cover 1 hari, senang masak banyak terus, sapa nak makan makan aje.....semua makanan dibawa ke atas.......x yah aku turun naik tangga lagi. (boleh bertafakur menjahit nie)
Puas bermain diorang bergaduh lak, aku malas dah nak marah2, pukul2 jerit2 kat diorang nie, aku nak simpan suara ngan pahala aku.
Dulu bila bebudak tu bergaduh aku jerit2 nd pukul2 marahkan diorg,bila aku marah husband pon naik marah sekali so 2x kena marah nd pukul,sekarang nie bila aku dah x marah husband (x delah x marah langsung kontrol) pon x marah juga, itu yang aku perhatikan (betul juga teori yang aku praktis nie). Abah diorg kalau pukul almaklumlah tenaga lelaki......eiiiii teruk mesti ader tanda bekas....... Rumah uiii kalaulah member terdatang mesti terkejut sakan....bila boleh kemas tunggu diorg tido malam nanti.
Small Tote Beg
Size 12" (w) x 11"(h)
fully lining with 1 pocket inside
Nie order dari sorang kakak minta dibuatkan beg gambar cartoon untuk dihadiahkan besday anak buahnya. X tau samada lelaki @ pompuan, suruh buatkan gambar cartoon sahaja.Minta dibuatkan besar sedikit daripada yang biasa aku buat (12"(w) x 8" (h). Boleh letak cam-cam
Nie cam biasalah beg duit untuk kawan opis aku.......boleh bawak gi pasar tani kan.......
0 comments:
Catat Ulasan