Khamis, 25 Oktober 2012

PetUA KehIdupAn

Ayat-ayat al-Quran yang boleh diamalkan

1. Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh- Surah Al Baqarah ayat 102

2. Anak-anak pandai belajar - Surah Al Anbiyaa' ayat 79

3. Anak-anak lembut hati/panas baran - Surah Al Anbiyaa' ayat 69, Surah
                                                         - Surah Al Hasyr ayat 22-24

4. Anak-anak malas ke sekolah - Surah Toha ayat 1-5

5. Supaya suami yak kahwin lain - surah Toha ayat 39 bermula dari tanda Jim
                                                   Kecil

6. Ayat pendinding- Ayat akhir surah At Taubah

7. Bagi anak-anak suka keluar malam - Surah Ar Ruum ayat 31, baca 33x

8. Untuk jadi pendinding rumah - Surah Al Baqarah dibaca & ditiup pada air dan 
                                                 spray keliling rumah      

Rabu, 24 Oktober 2012

SmAll TOte BaG






 








CuTi...

Pagi......
2 hari cuti a.k.a memonteng sekolah budah 2 orang tu...bukan sengaja, tapi disebabkan ABAHnya x der kt sini....terPAksa....ingatkan peksa dah habis, kasihan Adam rupanya dia ada lagi kelas Linus dia, sampaikan cikgu call,sebagai mak menyesal pon ader,kalau x aku gagahkan juga hadirkan budak tu kt sekolah w/pon kol 9 - aku pasti akan sampai ke sekolah. Nasib baiklah hari nie peksa Linus Adam boleh diadakan....
Target siap kan pensel box pon hampir siap, ingatkan today boleh bagi semuanya tapi disebabkan sekolah akan bercuti besok, so aku hantarlah mana yang siap dulu...coz janjinya before raya....so balancenya sikittttttt aje lagi next weeklah gamaknya.....Nah anak-anak pensel box dah siap, lepas nie bolehlah ambil 1 sorang erkkkk...




 

Jumaat, 19 Oktober 2012

Al QURan Ada MEngaJAr KiTa

 - menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:

MAndi Pagi Sebelum Subuh @ Sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
- Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakkan badan tak gemuk.
- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsYaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit)

Waktu Sembahyang Subuh Disunatkan kita bertafakur- iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa.
- Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

- Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikuati akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh sains yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion positif (+) manakala dalam ikan mengandungi ion negatif (+), jika ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

NAbi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya  makanan tidak hadam)

KaWAn BArU



 Yes ini dia kawan baru ganti kawan lama .Sudah sampai 4 hari lalu kt rumah....tiap2 malam sebelum tido aku akan cuba berkawan-kawan baik ngan dia nie.....pestime cuba berdengup jantungku.....dlm takut + terketar2
w/pon yg tukang pasang tu setkan speed dia paling22222 slow tapi laju gak bagi akulah yang tak biasa gunakan....kalau boleh aku nak slow lagi......tu ler psal sebelum tido aku cuba gak nak biasakan dari.....setakat nie aku dah patahkan 3 jarum...mengelabah knaper2...tukar patah lagi aduzzzz...pas tu benang lak asyik putus2...tension......call techinian singer..tutorial on phone..oklah baru paham...masa dia pasang dah ajar tapi bila kita hang on lain yang terjadi....tak pe belajar daripada x tau akan jadi tau....btul tak....

 Kesihan yang nie pulak dah x der tempat untuk dia...terpaksalah menumpang kasih pada kawan baru tu...tu hanya duduk tepi2 aje.....


Isnin, 15 Oktober 2012

KisAH MiNggU InI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.......hari pertama minggu ke 3...
Pagi2 nie xmau citer sedih...w/pon dalam hati sangat sedih. Hari nie kakak ngan Adam start pekse akhir tahun..bulan 11 nie kan akan start cuti sekolah...seronoknyer cikgu-cekgi boleh cuti panjang..... 

Minggu nie aku cam x selesa aje..iyalah kebiasaanye aku akan mengadap si mesin jahitku, tu yang kuharapkan di hujung minggu. Pepagi Sabtu sesudah turun ke dapur sediakan apa2 yg patut untuk bekalan sehari suntuk ngan semangat yg teramat JITU....planning baik punya...aku start berkurung di kawasan larangan .....tengah best2 godek2...tetiba terdengar bunyi semacam aje......tetiba ngan slow2nyer mesin jahit tu terhenti terus....henti sehentinya......waduzzzz aku ngan suara yg besarnya terus memanggil si abahnyer Adam.....hukkkkkkk dah sakit balik mesinku ini......baru seminggu kou kluar dari ICU nie buat perangai lagi...sedihhhhnya terencat semua planning aku........Maaflah semua minggu nie aku x leh siapkan apa yang dijanjikan.......

Mungkin ini khidmat yang terakhir untuk ku..........aku ngan pantasnyer terus menuju ke kedai Singer, sebaik masuk aje  tokey trus ckap..".rosak lagi maa,
U punya mesin moto sudah tidak kuat untuk jahit lagi...u tukar yang Heavydutylah"...itulah ayat2 yang diulang padaku setiap kali aku pergi ke kedainya........Rasanya memang aku patut dengar nasihat tokey tu...so sabtu tu lastlah mesinku tu berkhidmat setelah sekian lama 10 tahun bersama kami.......ini saje yg sempat di pagi sabtu yang syahdu tu.....


Sepatutnya aku jahitkan yang anak buah Ustazah punya nie......so aku tengok aje le nama2 yang berlambak nie......tunggu mesin baruku sampai...sabar yea anak2 akan disiapkan secepat mungkin...saborrr...sabarrrr...












Jumaat, 12 Oktober 2012

HaRI Ni Dlam SejaRAh

Al- Salam...
 
Nie fes time aku buat kerja2 umah aku kt opis.....ishhhh rasa cam x tenang tertoleh kekiri kekanan..sebab per takuttttt....tapi time nie time rehat, kan rehat hari jumaat, masanya panjang....tapi kan rasa x selesa tu banyak dari yang selesa....so aku ngan cepat2 potong2 mana2 yang leh potong sebelum disedari oleh semua orang.....nanti takut bos masuk jengah..."hai u buat aper tu" x ker terkejut aku nak jawab soklan cepumas tu....so lain kali x sah ler...simpan ajelah buat kt umah.....
 
aku potong pon kejap aje dalam kol 2 dah stop dah...oraitlah kan time kerja kol 2.45 kan, cukuplah tu 1 jam meh....start kol 1.00 tadi.Nanti sambung potong2 lak kt umah....time2 nak tido2 tu potong2 x per...tapi jahit2 x leh kena btul2 dalam minda yang bersedia....
 

 Cam bagus je kain sepah2..ha2xxxx, tempat pon bersepah......


 Time nie dah nak hampir siap potong dah......hanya tinggaklsikitttttt aje lagiiiiiii....tapi kaler merah tu x sempat nak potong...coz nak joint diorg makan kt pantry.Today kami pakat potluck sikit sorang....tu ler x kuar, kalau x dah lepas ke Sogo ke, the Mall ke...jimat hari jumaat nie....

SimPLe ToTE Beg H/Phone

Hai.....

Today baru boleh menulis kt sini.....seminggu tinggalkan blog, seminggu juga aku x buka blog nie, nak kata ader kerja x der..tapi ader je yang menganggu untuk aku menulis di blog nie...anyway hari nie dapat gak aku tot tek kt keyboard nie........

Minggu nie aku siapkan tempahan dari CT yang minggu lepas dah order tu,tq CT, lain kali kita berurusan lagi erkkkk......buat masa nie siapkan apa2 yang dah tertangguh selama 2 minggu nie.....kena siapkan before cuti sekolah sebab cikgu punya......mesti boleh...mesti bolehhhh...nak nangis dah rasa nie..... takuttt x leh siap.....

 







 
 

Selasa, 9 Oktober 2012

CAra NaK KuRUs TAnpA UBat-UbaTAn

Tips untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan.

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula mambakat muscle (otot)untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, w/pon tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh mesih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cari ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesen enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3.MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera anda secara semulajadi dan membantu bada memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasnya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk menbakat lemak.

7. MAKANLAH PERLAHAN- LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopah. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

8.KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini lebih mudah dihadam. 

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikitr deripada makan hanya sekali. dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahkan gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan majerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais.

12. Apabila makan di Restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur- sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin. mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahanya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

15. Ambil makanan yang berempah. sesetengah rempah seperti cili, biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PPILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DI DALAM MAKANAN
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMAPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catitan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus, khusus untuk sayuran, anda bolah menumisnya dengan sedikit minyak. Hindari minyak atau lemak haiwan.

20.Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cengkung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring. Kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang bolah anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja dan jangan sembarangan tempat apa lagi sambil menonton tv, sebab makin menarik program tx, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan.

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga tentu sahaja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perutr anda baru terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbenlanja untuk memasak. seelok-eloknya tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunyungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunyungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukan.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakkan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilori

25. Beberapa aktiviti fizikil yang mudah untuk langsing.
 i. Jalan cepat. Gunakan kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.  Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas, Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif
iii.  Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenan atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapai dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


Jumaat, 5 Oktober 2012





Isnin, 1 Oktober 2012

SatU aMalAn NIlaINya SYurGa

Untuk dikongsi bersama-sama.......

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda.

> Kurangkan makan bawang besar
> Kurangkan makan berempah
> Kurangkan makan ketumbar kering
> Kurangkan menonton hiburan
> Kurangkan membaca majalah hiburan
> Kurangkan ketawa yang penjang atau terbahak-terbahak
> Kurangkan minum air batu, air dalam tin (100 plus dll)
> kurangkan makan organ dalaman ayam terumata kanak-kanak
> Jangan makan kepala ikan
> Jangan minum air yang ada semut
> Jangan tidur selepas subuh
> Jangan tidur selepas asar
> Jangan tidur selepas makan
> Jangan makan terlanlu kenyang
> Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
> Jangan menyapu rumah pada waktu malam
> Jangan makan yang masam berlebih-lebihan
> Jangan dicampur makanan laut dan darat dalam satu hidangan
> Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dll
> selalu makan makanan yang panas
> Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dll
> selalu minum air masak
> selalu makan ulam-ulaman
> Selalu  mengamalkan pandangan hijau
> selalu bersenam
> Selalu menggunakan imaginasi otak
> Banyak memakan makanan berasaskan gandum/soya
> Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai- yang mempunyai pokok      kerana disitulah terdapat banyak oion2 negatif dan cahaya matahari infra merah- terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit 
> Jangan ego
> Jangan dengki pada orang